Apabila Yang Dipertuan Agong tidak dihormati

Raja Bahrin Shah 1

Apabila tersepit dalam tuduhan yg berat, Umno Datuk Seri Najib Razak akan mencuba apa sahaja untuk melepaskan diri dari kesalahan tersebut

Isu 1MDB dan lapuran DOJ - Jabatan Keadilan Amerika, menglibatkan Pimpinan tertinggi Kerajaan Malaysia telah melihat aksi memalukan dan pembohongan yg jelas.

Mula-mulanya Ketua Menteri Melaka dari Umno, Dato Idris Haron, telah menuduh Amerika hendak membunuh Melayu saperti bagaimana mereka telah membunuh rakyat Iraq.

Hari ini pula Ahli Parlimen Umno dari Langkawi telah menyatakan MO1- Malaysia Official 1, yang memainkan peranan utama dalam skandal 1MDB dan disebut dalam laporan DOJ tersebut adalah Yang DiPertuan Agong!

Ini adalah percubaan percubaan terdesak pihak Kerajaan untuk mengalih pandangan dari isu dan skandal terbesar 1MDB yg sebenarnya.

Ramai yang mendesak Ahli Parlimen Langkawi memohon ampun kepada Yang Di Pertuan Agong.

Sebenarnya kesalahan terhadap Yang di Pertuan Agong serta Majlis Raja Raja adalah lebih luas dan besar dari apa yg dijanka.

Datuk Najib sendiri sebagai Perdana Mentri juga perlu memohon ampun kepada Majlis Raja Raja kerana mengingkari titah pada Mesyuarat Majlis Raja Raja bulan Oktober 2015 untuk Kerajaan menangani dengan baik masalah 1MDB.

Pihak kerajaan tidak mengambil tindakan sepatutnya atas isu tersebut untuk menjaga nama baik Malaysia.

Malahan sejak itu isu 1MDB menjadi lebih parah dengan negara negara Switzerland, Hong Kong, Luxembourg, Singapura dan Amerika mengambil tindakan undang undang ke atas Malaysia.

Sebenarnya Yang Di Pertuan Agong dan Majlis Raja Raja Melayu telah menggesa Datuk Najib menyelesaikan masalah 1MDB tetapi ahli Parlimen Langkawai cuba mengaitkan implikasi kononnya Yang Di Petuan merupakan M01 Malaysia Official 1, yang bertangung jawap keatas 1MDB!

Bukan sahaja perbuatan MP Langkawi biadap dan fitnah, tetapi tindakan Ketuanya Datuk Najib lah yang menyebabkan kemelut ini berterusan dengan tidak langsung menghormati titah Majlis Raja Raja untuk menjaga nama baik Negara.

Kerana tiada tindakan sepatutnya dari Kerajaan, kami rakyat biasa baru baru ini melalui YB Dato Husam Musa dan Mathias Cheng terpaksa mengambil tindakan meminta Kerajaan Amerika memulangkan harta dan duit rakyat Malaysia kepada Negara kita.

Pada majlis tersebut juga, Ustaz Ahmad Awang, bekas Pengerusi Persatuan Ulama Malaysia, turut hadhir memberi penjelasan bagaimana Islam sebenarnya mengutamakan keadilan serta amanah dalam mengtadbirkan Negara.

Kalau Kerajaan serta Ulama Kerajaan yang memerintah memilih untuk membisu, kami rakyat serta wakil rakyat bersama tokoh Ulama veteran Negara memilih untuk bersuara.

Apabila Ulama yang mempunyai tempat dan kedudukan dalam Kerajaan memilih untuk membisu, itulah petanda keruntuhan sebuah kerajaan.

Raja Bahrin Shah adalah Ahli Parlimen kawasan Kuala Terengganu.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel