• Kolumnis AMANAH 1Kolumnis AMANAH 1

Anak muda telah bersuara, agamawan bila lagi?

 Kami dari Amanah menyambut baik semangat keberanian anak muda yang menghadapi berbagai dugaan. Kami dari Amanah menyambut baik semangat keberanian anak muda yang menghadapi berbagai dugaan.

Adalah satu kejayaan besar apabila beribu ribu anak muda dapat berkumpul berhampiran Dataran Merdeka pada 27 Ogos 2016.

Mahasiswa dan anak muda tidak ada sumber kewangan dan kemudahan komunikasi yang baik untuk menjayakan satu himpunan yang besar dan pencapaian di Dataran Merdeka adalah kejayaan yang sangat membanggakan.

Gema Suara anak muda telah jelas kedengaran. Adakah kerajaan akan peka keluhan anak muda serta mahasiswa?

Kami dari Amanah menyambut baik semangat keberanian anak muda yang menghadapi berbagai dugaan pemotongan bantuan murid miskin dari RM200 juta sehingga tinggal hanya RM10 juta sahaja yang diluluskan di Parlimen, pemotongan biasiswa, tuntutan pinjaman PTPTN dan peningkatan kos sara hidup.

Ayah dan emak mereka pula dikenakan GST, kenaikan harga minyak serta letrik dan kejatuhan nilai ringgit yang membebankan tanggungan anak-anak yang belajar di luar negara. Setelah susah payah mendapat ijazah mereka bergelut pula membayar hutang PTPTN dan itu pun kalau bernasib baik mendapat perkerjaan. Itulah nasib yang menimpa anak muda hari ini.

Anak muda mungkin boleh memahami segala pemotongan bantuan dan biasiswa jika kerajaan sendiri juga mengenakan polisi jimat cermat dalam segala perbelanjaan Perdana Menteri, Menteri-menteri serta pembesar Negara.

Tetapi pengorbanan hanya bagi rakyat yang tidak berada, sementara para pembesar masih bermewahan menaiki penerbangan kelas pertama dan menjamu selera di Hotel lima bintang sementara mahasiswa menerima bantuan nasi bungkus dari orang ramai.

Konsep cara hidup di antara dua darjat seperti filem P. Ramlee masih wujud empat tahun sebelum tahun 2020. Dalam masa mahasiswa terpaksa mengikat perut menahan kelaparan, kerajaan yang sudah pun memiliki enam jet VIP menyewa lagi jet mewah istimewa dengan kos puluhan juta untuk dua bulan setelah di ubahsuai dengan kos berjuta ringgit.

Yang lebih mengecewakan ialah kehilangan RM42 billion melalui 1MDB. Kerajaaan yang kononnya mengikut cara pemerintahan syariat Islam memindahkan berbillion ringgit ke pusat penggubalan wang haram, wang judi dan dadah sedunia di Kepulauan Cayman.

1MDB juga menaja jemaah haji ke Mekah bagi mengambil hati orang kampung serta menggunakan wang Kumpulan Wang Pencen Negara untuk pelaburan yang mengcurigakan. USD 200 juta Wang 1MDB juga dilaporkan dilaburkan dalam dua kelab malam Las Vegas.

Ini semua berlaku semasa mahasiswa di nafikan biasiswa dan pinjaman pelajaran untuk masa depan mereka serta keluarga mereka atas alasan Kerajaan tidak mempunyai peruntukan ! Sudah tentu anak muda berhak bersuara.

Sebelum perhimpunan di Dataran Merdeka, tiga orang mahasiswa telah di tangkap di Seri Iskandar untuk cuba mematahkan semangat mereka. Anak muda telah bangkit. Soalnya sejauh mana mereka sanggup mara.

Kalau anak muda telah bersuara, kenapa para argamawan telah "bersara" dari menjalankan tanggung jawab mereka?

Baru-baru ini Pengerusi Majlis Dakwah Negara telah menyoal kenapa para argamawan dan ulama di persalahkan "membisu atau menutup sebelah mata" dalam isu kontroversi negara seperti 1MDB.

Sebenarnya tuduhan sedemikian rupa berlaku kerana ramai anak muda yang menaruh harapan yang tinggi untuk para ulama menjadi penyelamat Ummah.
Ramai yang sayang kepada para ulama dan argamawan yang makin sering mengecewakan rakyat. Yang berani bersuara saperti Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainal Abidin, telah di serang semalam oleh Setiausha Veteran Umno, Mustafa Yacob, yang ingin beliau dihentikan khidmat sebagai mufti Perlis. Yang celik dua belah mata seperti Datuk Asri hendak dihentikan khidmat.

Inilah situasi yang aneh hari ini. Datuk Asri berani bercakap tentang isu semasa saperti 1MDB. Bagaimana mufti lain ?

Semasa Datuk Asri digesa untuk di pecat sebagai Mufti Perlis oleh Umno kerana bersuara tentang kemungkaran, di mana suara ulama lain untuk mempertahankan beliau?

Sekali lagi sindrom membisu melanda para agamawan semasa sahabat rakan sejawatan di zalimi. Adakah mereka hanya sanggup mengiakan kata-kata pemerintah dan hanya membisu dalam keadaan sahabat sejawatan dan angkatan dianayai?

Kami tidak menuduh mereka "menutup sebelah mata" dalam isu tersebut tetapi kami menuduh mereka "MENUTUP KEDUA DUA BELAH MATA" dalam isu pembelaan Datuk Asri dan 1MDB!

Semua orang yang memegang tugas mesti menjalankan tanggung jawab mereka seperti kami bersuara di Parlimen. Bagaimana pula para argamawan dan ulama ? Apa yang jelas diakui Timbalan Menteri Kewangan di Parlimen, 1MDB melabur berbillion ringgit di pusat wang haram, judi dan dadah sedunia di Kepulauan Cayman. Apabila saya menyoal kenapa kerajaan melabur di kepulauan Cayman, kerajaan mengakui ia adalah untuk jangka masa pendek sahaja!

Apakah pendapat para Ulama kerajaan dalam isu ini kerana 1MDB juga menaja jemaah Haji ke Mekah ?

Ahli politik pembangkang telah bersuara, anak muda telah bersuara...bagaimana yang belum bersuara ?

Anak muda berhak bersuara kerana masa depan adalah untuk mereka. Syabas anak muda kamu akan menggoncangkan dunia suatu hari nanti dan suara kamu sedang bergema di Malaysia hari ini.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel

Artikel berkaitan: