Demi survival politik Umno selesa lihat bangsanya terus 'Me-Layu'

Mohd Syafiq Azmi

 Beranikan diri kita menjauh dari Melayu (Umno) yang akan terus membiarkan bangsanya 'me-layu' demi survival politik lapuk mereka.

Ada orang melayu dan Umno marah bila ada yang meletakkan melayu dalam premis yang sering terkait dengan rasuah.

Hingga ada yang mempertikai ada bangsa lain yang terlibat memberi dan menerima dalam urusan rasuah orang melayu.

Pokoknya siapa yang terlibat dalam isu rasuah sama ada pemberi dan penerima tetap bersalah.

Lihat yang terkini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengganas dengan beberapa tangkapan dan majoriti yang ditahan mereka berbangsa melayu.

Maka apakah kita perlu tinggal dalam kepompong sindrom penafian apabila ia melibatkan melayu.

Perlu juga difikrkan mengapa rasuah itu boleh berlaku. Penguatkuasaan undang-undang secara terpilih, tahap ekonomi yang rendah disamping kos kehidupan yang mencanak tinggi.

Sikap ketelusan itu semakin menapis dalam negara kita akibat semua rakyat terhimpit dengan keperluan mendesak.

Maka hari ini apa yang perlu ialah orang melayu itu sendiri membuktikan mereka perlu keluar dari tempurung ketakutan kesan indoktrinasi golongan bangsawan negara bahawa hanya mereka dan parti mereka saja yang boleh memastikan keberlangsungan hayat bangsa melayu itu dijamin.

Sementelah itu merekalah sebenarnya petualang yang menjual serta mengadai nasib anak bangsa melayu.

Melayu perlu segar dan mekar dengan idea dan sikap agresif bersama adunan bangsa lain agar tidak dilihat eksklusif hingga memencilkan kewujudan bangsa lain. Beranikan diri kita menjauh dari Melayu (Umno) yang akan terus membiarkan bangsanya 'me-layu' demi survival politik lapuk mereka.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel

Artikel berkaitan: