Cabaran kepada umat Islam

Raja Bahrin Shah

Islamfobia terhadap umat Islam serta diskriminasi terhadap wanita muslim  termasuk tudung kepala, hijab dan terkini pakaian mandi menutup aurat "burkini" yang berlaku dipersisir pantai Cannes.

Umat Islam sedunia baru sahaja menyambut Hari Raya Korban pada 12 September. Hari Raya Aidil Adha mengingatkan umat Islam tentang kesanggupan pengorbanan Nabi Ibrahim a.s atas perintah Allah swt.

Hari ini juga ramai umat Islam terpaksa berkorban demi mentaati perintah Allah swt terutamanya bila berhadapan dengan kerajaan yang tidak menunjuk toleransi terhadap kepercayaan kita.

Contoh ketara adalah apa yang berlaku kepada orang minoriti Islam di Perancis khususnya. Disebabkan tindakan segelintir pelampau Islam, keseluruhan orang Islam di kenakan tindakan diskriminasi pakaian termasuk tudung kepala, hijab dan terkini pakaian mandi menutup aurat "burkini".


Burkini diharamkan di kebanyakan tempat di Peranchis dan pemakai boleh ditangkap atau disaman. Sekeping gambar akhbar menunjukan beberapa orang polis Peranchis mengelilingi seorang wanita pemakai burkini Muslim dan berbaju, sedang mengambil tindakan undang undang.

Anehnya sekeping lagi gambar tahun lima puluhan yang hampir sama menunjukan beberapa polis Peranchis menyaman seorang wanita bukan Islam kerana memakai bikini yang mendedahkan badan nya!

Pada masa tahun 1950-an itu masyarakat konservatif Kristian pun melarang pendedahan aurat. Hari ini kita boleh melihat "nun" Kristian perempuan bermain air berpakaian jubah penuh mereka, tetapi tiada tindakan undang undang khusus ke atas mereka. Ini jelas menunjukkan sikap diskriminasi terhadap pihak minoriti.

Perkara seperti ini tidak harus berlaku. Kita sebagai orang Islam sepatutnya menujukkan contoh yang baik terhadap golongan minoriti walaupun kita berkuasa ke atas mereka.

Sepatutnya diskriminasi terhadap agama lain seperti berlaku di Peranchis dikutuk serta dijauhi oleh Negara - negara Islam dan ajaran Islam sebenarnya di amalkan.

"Kami telah menjadikan kalian (umat Islam) umat yang adil dan pilihan agar kalian menjadi saksi atas perbuatan manusia dan agar Rasul ( Muhammad) menjadi saksi atas perbuatan kalian." Al Baqarah : 143.

Berita penghalangan jemaah haji dari Iran untuk mengerjakan Haji mereka pada tahun ini malangnya tidak memberi gambaran yang positif perhubungan diantara sesama umat Islam. Begitu juga nasib pihak minoriti Sunni atau Shiah olih pihak berkuasa di Negara-negara tertentu amat di kesali.

Bagaimana tertekan nya umat Islam di Peranchis apabila didiskriminasi di Negara Barat, tidak kurangnya tekanan perasaan apabila diskriminasi berlaku sesama Islam seperti antara Sunni dan Shiah di Negara - negara berkenaan. Sesungguhnya kita umat Islam adalah bersaudara.

Di Negara kita pula janganlah terlalu senang kita menjatuhkan hukum sesama Islam di Malaysia ini dengan tuduhan - tuduhan yang keras.

Marilah kita berhati-hati supaya sikap hukum menghukum dan tekanan keatas pihak yang berbeza pendirian tidak berlaku di Malaysia baik melalui perkataan atau perbuatan kita.

Sempena Hari Raya Aidil Adha yang baru berlalu, marilah kita merenung ayat 107 Al-Anbiyaa - "Dan Kami tidak mengutus engkau (wahai Muhammad) melainkan sebagai rahmat bagi seluruh Alam."

Rasulullah s.a.w juga menjelaskan misi kenabian-Nya sebagaimana sabdanya - "Aku tidak diutus sebagai tukang laknat. Akan tetapi aku diutus sebagai rahmat."

Oleh itu siapakah kita untuk menghukum sesama Islam?

*Penulis Raja Kamarul  Bahrin Shah adalah Ahli Parlimen Kuala Terengganu merangkap Pengerusi Biro Antarabangsa Parti Amanah Negara (Amanah).

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel

Artikel berkaitan: