• Kolumnis AMANAH 1Kolumnis AMANAH 1

Padang Arafah kembali sepi

Umat Islam sudah meninggalkan Padang Arafah selepas berakhir hari wukuf.Umat Islam sudah meninggalkan Padang Arafah selepas berakhir hari wukuf.

 

PADANG ARAFAH KEMBALI SEPI

Padang Arafahpun kembali sepi
Para jamaah haji kembali
Ke tanah air masing-masing
Jabal Rahmah
Tempat Nabi s.a.w. berkhutbah
Memerhatikan perpisahan ini

Apa yang dipelajari dari
Himpunan di Arafah ini
Melontar syaitan di Jamrat
Pulang dari Arafah
Jadi manusia barukah?
Atau bagaimana.

Tidak lama lagi
Akan tiba Muharram
Hijratul Rasul disambut
Dengan meriahnya
Seruan lantang supaya umat ini
Mencontohi Rasul

Aduh merdunya seruan itu
Dapatkah diisi maknanya
Jika kerja mungkar
Diteruskan
Maruah dan harga diri
Ditukarkan dengan mata benda

Nabi s.a.w. mengajarkan
Nilai pengorbanan
Hak orang miskin
Di atas orang kaya
Menebarkan kasih sayang
Toleransi sesama insan.

Semuanya itu kini dihanyut
Oleh gelombang kebencian
Digantikan dengan perpecahan
Sesama umat
Malah ada yang saling mengkafirkan
Atas nama kelompok berbeza
Tanpa rasa berdosa.

Arafah dan Jabal Rahmah
Kini ditinggalkan sepi
Sudah lupakah umat
Akan khutbah Nabi s.a.w. di situ
Diiringi titisan air matanya
Kasihnya kepada umat ini.

 

ABDUL SHUKUR HARUN , 15 September 2016

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel

Artikel berkaitan: