Untukmu pencinta Amanah

Penghinaan itu memotivasikan Fitnah itu satu sanjungan Tuduhan itu ujian Labelan itu perlu kesabaran

UNTUKMU PENCINTA AMANAH
(Sempena Ulangtahun pertama Amanah)

Penghinaan itu memotivasikan
Fitnah itu satu sanjungan
Tuduhan itu ujian
Labelan itu perlu kesabaran
Maki hamun tidak merugikan
Halau itu penghormatan
Herdik itu anggapkan siulan

Mara terus kehadapan
Tanpa toleh kiri kanan
Rapatkan saf luruskan barisan
Agar tidak dimasuki syaitan
Di sana rakyat perlukan bantuan
Bukan masanya untuk melayan
Segala tohmahan dan kebencian
Banyak agenda perlu diselesaikan

Tambahkan ahli serta cawangan
Lipatgandakan kerja kebajikan
Bantu dan selesaikan segala permasalahan
Insya Allah diberkati dikira ganjaran

Baru setahun kita dilahirkan
Kejayaan ditempa berkat kesabaran
Biarlah mereka dengan kedengkian
Satu hari Allah akan tunjukkan
Yang mana kaca yang mana intan

Ikhlaskan niat tingkatkan amalan
Labur didunia hasilnya di Hari Kemudian
Terus melangkah tanpa kepenatan
KepadaMu kami berserah segala urusan


Sofi Wahab
Transnasional
12.09 tgh 20 Sept 2016
Bahau

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel