• Kolumnis AMANAH 1Kolumnis AMANAH 1

Amanah penuhi tuntutan generasi kedua

Abd Shukur HarunAbd Shukur HarunSetelah setahun Parti Amanah Negara ditubuhkan oleh sekumpulan pimpinan progresif yang disingkirkan dari parti Pas setahun lebih yang lalu, masih ada beberapa pihak yang bertanya, atau yang berhujah mengapa Parti Amanah ditubuhkan.

Tanpa emosi dan prejudis, jawapannya ialah bahawa penubuhan Amanah mendukung konsep Rahmatan Lil Alamin” dan kelahirannya ialah ‘rahmat yang tersembunyi’, untuk memenuhi tunutan Islam Generasi ke-2 Islam.

Maka walaupun ia adalah sebuah parti yang terbuka kepada pelbagai kaum dan agama, sesuai dengan tuntutan masyarakat majmuk di Malaysia, tetapi ia tetap bernuansa Islam dan berada dalam orbit Islam.

Apa dia tuntutan Generasi ke-2 Islam ini hingga membolehkan sebuah parti baru – Amanah – ditubuhkan dan apa perbezaan Generasi ke-2 Islam ini dengan Generasi Pertama Islam.

Adapun kelahiran Amanah ini ialah untuk memenuhi keperluan Generasi ke-2 umat Islam. Ia telah dberikan hujah oleh Dr. Dzulkefly Ahmad, pimpinan dan pemikir dalam AMANAH dalam tulisannya yang menarik di akhbar AMANAH keluaran 9-15 Oktober lalu.

Adapun suasana atau zaman Generasi pertma itu berbeza dengan suasana dan tuntutan Generasi ke-2, walaupun asas Islam itu tetap kekal sejak zaman berzaman. Cuma pendekatannya berbeza dari masa lalu dengan masa kini.

Dr. Dzulkefly menghuraikan dalam tulisannya itu bahawa maqasid syariah, atau tujuan syarak ataupun tuntutan syarak, perlu diaplikasikan sesuai dengan situasi yang ada sekarang. Namun ia sama sekali tidak berkompromi dengan asas Islam – dari segi hukum quatie, akhlak dan sebagainya.

Ini yang saya faham dari tulisan Dr. Dzul itu.

Menurutnya, beberapa ciri khusus dari kategori ini akan dapat digunakan sebagai mengenal pasti jalur pemikiran para ilmuan yang membuat kajian mengenai Islam Generasi 1 dan Generasi ke-2.

Kelompok pengganti (Generasi ke-2) selama ini dianggap dan dipaparkan sebagai talibarut Barat, kerapnya di negara umat Islam yang lain, maka (Generasi 1) mereka memerintah dengan sikap kuku besi dan tidak demokratik. Ini pendekatan mereka.

Justru orentasi mereka, kata Dr. Dzulkefly, ialah rata-rata mengambil pendekatan politik untuk memperjuangkan sebuah negara Islam dan pelaksannaan syariat atau hukum semata-mata. Orentasi seperti ini, katanya, terbawa-bawa hingga ke era ini.

Tetapi, menurut pengkaji, Generas 1 ini gagal untuk keluar dari ‘time warp’ untuk terus melalui evolusi atau reengineering yang dituntut oleh zaman dan semasa.

Beliau memberi contoh perkembangan dan perubahan di Turki di mana Generasi ke-2 telah mengambil tempatnya.

Justru, kata Dr. Dzul, sejarah menyaksikan bahawa AKP Parti (Parti Keadilan dan Pembangunan) terbentuk dengan Erdogan dan Abdullah Gul meninggalkan parti induknya (asalnya) iaitu Parti Saedat pimpinan Dr. Nekmettin @ Najmudin Erbakan.

Begitu seterunya berlaku dibanyak negara. Iaitu kesan dari dinamika gerakan Islam yang sentiasa mencari polisi yang teguh di persada politik.

Di sinilah Dr. Dzuk melihat tercetusnya RUU 355 secara mudahnya adalah respon sebuah gerakan politik Generasi 1, meskipun yang mereka lebih minat adalah pelaksanaan sebuah Qanun Jinaliy itu dilaksanakan sekaligus.

Walaupun itu sebagai sasaran akhir, namun pelbagai kekangan tidak mengizinkan tujuan itu dicapai.

Lalu beliau melihat pendekatan perjuangan yang meletakkan soal penyelesaian masalah rakyat negara ini adalah mirip dan persis orientasi Islam Generasi ke-2 dikesemua negara umat Islam.

Katanya, andainya Fiqh Malayzie (Fekah Malaysia) yang pernah digagaskan oleh Dr. Siddiq Fadhil mampu diperkukuh oleh Generasi ke-2, maka amat cerah masa depan rakyat dan negara ini untuk dibimbing akan ilmu Islam yang kontemrporari.

Dr. Dzul lalu mengharapkan iaitu sangat mustahak bagi Generasi ke-2 menjelaskan kedudukan semua perkara ini dengan wacana yang lebih bersifat ilmu dan berlandaskan pengetahuan dalam bacaan politik dan realiti kontemporari.

Di sinilah saya fikir, kemuncukan Parti Amanah, dengan pendekatan barunya (bukan merobah hukum yang qatie), diperlukan untuk mengisi keperluan umat Islam, bahkan kepada rakyat seluruhnya akan kesyumulan Islam sebagai Rahmat Seluruh Alam.

Iaitu Islam bukan agama yang ‘menakutkan’ seperti yang tergambar dalam pendekatanGenerasi 1 (generasi lama).

Amanah sangat wajar memperkukuh pendekatan baru ini kerana ia hadir di tengah masyarakat atas keperluan ini.

Saya kira, tulis Dr. Dzul dalam akhbar Amanah keluaran 9-16 Oktober itu dan tulisan beliau sebelum ini dan juga akan datang, serta juga pandangan Dr. Siddiq Fadhil dan intelektual lain dapat diwacanakan dengan meluas.

Ini supaya perbincangan ini benar-benar berlandaskan ilmu dan rasional, bukan dikaburi oleh pelbagai prejudis, terutama prejudis golongan dan politik yang sarat dengan sentimen yang mengelirukan, malah merbahya.

Diskusi ilmiah seperi NUNJI yang dicetuskan oleh AMANAH sendiri dibawah selenggaraan Dr. Mujahid Yusuf Rawa wajar diperkasa untuk memberikan kefahaman luas kepada umat Islam. Inilah sumbangan Amanah dan mengapa ia hadir di tengah masyarakat.

Dengan itu diharapkan akan berkuranganlah persepsi yang karut marut – kafir harbi, takfiri, munafiq harakah dan seumpamanya - di ruang udara umat Islam. Digantikan dengan suasana, bersih dan jernih.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel