1MDB dan Negara Kleptokrasi di Parlimen


Mujahid Yusof

Penggulungan terakhir Kementerian Kewangan oleh Menteri keduanya Datuk Johari Abdul Ghani menutup perbahasan bajet 2017 di Parlimen Malaysia semalam.

Selain isu GST, rasionalisasi subsidi dan langkah fiskal yang diambil kerajaan, perdebatan 1MDB adalah yang paling hangat.

Perbahasan 1MDB dan RM2.6B sekali lagi mencabar ketelusan dan integriti keraajan Umno/BN kerana soalan mudah gagal dijawab seperti bagaimana jejak transaksi mencurigakan ke dalam akaun Ambank Najib Tun Razak sebanyak USD 681juta atau RM2.6B.

Sebelum sampai ke tajuk 1MDB, Menteri Kewangan menyatakan sikap profesional Bank Negara Malaysia (BNM) dalam memastikan segala prosedur dipatuhi tanpa memberi apa-apa keistimewaan. Namun semasa isu 1MDB, Menteri gagal menjawab jejak transaksi RM2.6B yang memang perlu patuh kepada prosedur BNM dan bagaimana ia berakhir dalam akaun Ambank Najib Tun Razak.

Isu 1MDB dan jejak transaksi yang berakhir dalam akaun Najib Tun Razak bernilai RM2.6B pada 21 Mac 2013 gagal meyakini pihak Pakatan Harapan yang mewakili suara yang mahu jawapan jelas skandal terbesar negara.

Amat malang bagi Dato' Johari selaku Menteri Kewangan ke II kerana terpaksa menanggung beban dan 'penderitaan' dalam usahanya semalam di parlimen (7hb Nov 2016) mempertahankan Najib Tun Razak. Beliau tidak memiliki apa -apa helah tambahan lagi untuk mempertahankan MO1 kerana jejak transaksi kewangan mencurigakan telahpun diketahui dunia.

Mana-mana Menteri yang terpaksa 'mencuci najis kleptokrasi' MO1 akan terpaksa menyanggah dhamir hatinya hanya kerana menjaga nama baik majikannya. Tidak ada sesiapa yang mahu berada dalam situasi demikian. Bekas Menteri Kewangan II Dato' Husni Hananzalah tak tertahan lagi kerana beban ini, kini mengambil posisi bertanya selaku ahli parlimen biasa setelah meletakkan jawatan.

Justeru, menolak bajet 2017 jelas kewajarannya kerana kegagalan kerajaan Umno/BN bersikap telus dan bertanggungjawab kepada duit negara RM52B dalam pelaburan 1MDB apatah lagi Perdana Menteri yang menerima RM2.6B dalam akaun peribadinya dikaitkan dengan duit 1MDB.

Kleptokrasi sukar dipertahankan, 1MDB dan RM2.6B gagal dipertahankan bukan kerana tidak ada hujah tetapi ianya sememangnya satu skandal terbesar negara!

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel

Artikel berkaitan: