Jangan salahgunakan Sosma

Tuan Ibrahim Tuan Man

Penahanan Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) adalah tidak betul, dan keterlaluan.

Kerajaan pernah memberi jaminan bahawa tidak seperti ISA, Sosma dan undang-undang lain tidak akan disalahgunakan oleh kerajaan bagi tujuan politik dan yang tidak ada kena-mengena dengan keselamatan dalam negeri.

Pas konsisten menentang sebarang bentuk kezaliman dan salahguna kuasa terhadap sesiapa pun.

Oleh itu, Pas menggesa pihak berkuasa berlaku adil kepada Maria Chin dan membebaskan beliau segera daripada penahanan di bawah Sosma.

Kerajaan tidak harus mengulangi kesilapan ketika menggunakan Sosma terhadap Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Mathhias Chang kerana melaporkan isu 1MDB.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel