Sikap lesu tiada pendirian Malaysia pembunuhan Rohingya

Raja Bahrin Shah kolumLesunya Kerajaan Malaysia dalam isu Islam Rohingya amat memalukan negara yang mengaku dirinya negara Islam maju contoh. Bukan sahaja dalam isu Islam Rohingya, bahkan isu tuntutan kawasan Lautan China pun sikap Malaysia amat lemah dan tidak bermaya.

Tiada pendirian yang jelas, malahan amat kabur dan semakin malap hari demi hari.

Selain daripada beberapa kenyataan media yang telah saya keluarkan, saya telah mengemukakan satu usul di Parlimen pada minggu lepas untuk mengecam dan membahas pembunuhan beramai-ramai orang Islam Rohingya di Myanmar.

Malangnya Speaker Parlimen telah menolak usul saya untuk dibahas atas alasan yang remeh. Bagaimanapun saya membantah keputusan speaker semasa usul ditolak kerana situasi hari ini bukan perang saudara sesama rakyat Myanmar.

Hari ini tentera Myanmar menggunakan pesawat helikopter untuk menyerang orang kampung yang lemah dan tidak bersenjata membunuh berpuluh-puluh orang dalam hanya satu serangan.

Ini terang dan nyata satu "genocide"- pembunuhan terancang beramai-ramai. Seorang pegawai Bangsa-bangsa Bersatu di Myanmar telah membuat ulasan mengesahkan peristiwa- peristiwa tersebut. Malaysia terus lesu.


Raja Bahrin Shah ialah Pengerusi Biro Antarabangsa Parti Amanah

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel