Penindasan kaum minoriti dan Islam

1) Malaysia dan dunia hari ini menghadapi berbagai masalah yang melibatkan isu perkauman dan keagamaan yang tidak pernah kita alami sebelum pada ini. Marilah kita merenung kearah manakah negara kita menuju hari ini dan apakah pendirian kita sebagai rakyat Malaysia.

Di Negara tertentu di Europah rakyat minoriti Islam telah di haramkan dari memakai burka dan burkini di mana hak Agama mereka telah terhalang. Di Amerika pula presiden baru Donald Trump mengcadang orang Islam di halang masuk Amerika dan ada pihak haluan kanan pula meminta orang Islam dihantar pulang ke Negara asal mereka. Adakah sikap dan budaya extreme ini terhad kepada Negara Europah dan Amerika sahaja? Konon nya kita mengutok sikap dan perbuatan tersebut apabila ia berlaku kepada orang Islam minoriti di Negara Barat. Malangnya budaya yang sama terhadap kaum minoriti juga ujud di Malaysia hari ini.

Di Malaysia kita mendengar pihak pemerintah Kerajaan menyuruh kaum minoriti berbangsa China "balik Tongsan" kalau tidak setuju polisi kerajaan ! Ada pula Mufti Kerajaan mengistiharkan orang bukan Islam dari parti tertentu sebagai "kafir harbi" walaupun mereka merupakan rakyat Negara dan dilahirkan di Malaysia yang membayar cukai pendapatan serta berbagai cukai lain.

Puak kaum orang asli - orang asal, pula di nafikan hak untuk mereka memeliharai serta menjaga alam sekitar halaman kawasan hidup mereka di hutan pendalaman. Islam sendiri mengajar kita memeliharai kebersihan alam sekitar supaya tidak dicemar. Kaum orang asli ini ditangkap dan di kurong olih pihak berkuasa kerana mempertahankan hak mereka. Pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan yang mengamalkan konsep membangun bersama Islam tidak pun mahu berjumpa dengan mereka, jauh sekali melawati tapak kawasan terlibat. Ini menyebabkan pihak orang asli bertanya adakah kerana takut jubah putih bersih pimpinan tersebut kotor terkena lumpur ? Kalau kaum China di suruh "balek tongsan" apabila tidak setuju dengan kerajaan, ke mana pulak kaum orang asli ini hendak disuruh pulang ? Mereka sudah pun berada dikawasan paling terpencil pendalaman hutan belantara tempat asal mereka sejak berkurun lamanya. Mereka tidak bolih menjadi lebih "asli" dari menjadi orang asli dan orang asal di bumi Malaysia ! Janganlah pemerintah yang berkuasa menidakkan serta menafikan hak mereka hanya kerana mereka kaum minoriti ! Bukankah kita bersedih dan membantah apabila puak minoriti Islam di Europah dan Amerika di tindas dan di nafikan hak mereka ? Kenapa pula apabila kita berkuasa kita pula mengamalkan sikap penindasan ke atas kaum minoriti kita sendiri ?

Rasulullah s.a.w berlaku adil kepada semua yang berada dibawah kerajaan Islam, termasuk kaum minoriti bukan Islam. Bagaimana kerajaan Persekutuan atau Negeri hendak mengamalkan syariat Islam sebenarnya jika pihak minoriti di nafikan hak mereka ? Baru-baru ini pimpinan Kerajaan Persekutuan dengan pihak parti tertentu telah mengadakan himpunan di Stadium untuk kononnya membela pihak minoriti Islam Rohingya tanpa mempersetujui perbahasan di Parlimen yang telah di cadangkan sebelum itu. Beberapa hari selepas itu ketua angkatan tentera telah ke Myanmar untuk "memulihkan" keadaan. Soalnya, kenapa kerajaan kita hanya vocal membela pihak minoriti asing Rohingya tetapi pihak minoriti sendiri disuruh balek "negeri" seperti tindakan Amerika dibawah Donald trump. Orang asli kita dihutan pula di nafikan hak mereka dan di pinggirkan seperti "Red Indians" di Amerika. Di Amerika sekurang-kurangnya kaum "Red Indian" mempunyai tanah "Red Indians Reservations" khusus untuk mereka duduki yang di peliharai olih undang undang.

Baginda Nabi Muhammad saw, tidak diutus hanya untuk bangsa dan kaumnya sahaja, tetapi Baginda diutus untuk seluruh manusia depan untuk sepanjang zaman. Olih itu kita di Malaysia khususnya, dengan berbilang bangsa dan agama, hendaklah mengingati ini sebaik baiknya. Islam rahmatan lilalamin hendaklah difahami sepenuhnya.

Islam yang dibawa olih Nabi Muhammad s.a.w adalah bagi seluruh umat manusia sepanjang zaman dan baginda adalah rahmat seluruh semesta alam.

Sudah sampai masanya kita "mengamalkan" ajaran Islam dan nilai nilainya yang sebenar. "Bercakap" tentang ajaran Islam sahaja tidak sama dengan mengamalkam tuntutan Islam sebenarnya keatas rakyat yang di perintah. Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa undang-undang ke atas kaum minoriti untuk membela mereka sebagai rakyat Malaysia. Kerajaan Negeri pula mempunyai kuasa atas tanah yang di duduki olih orang asli sejak zaman berzaman untuk memberi hak sepatutnya kepada mereka. Islam menuntut keadilan untuk semua. Nabi Muhammad s.a.w bersabda, Baginda di utus "untuk membawa rahmat, bukan untuk melaknat." Konsep inilah yang di amalkan olih Al Marhum di segani, di hormati serta di sayangi olih semua pihak baik Islam dan bukan Islam. Olih itu kita perlulah berlaku adil kepada semua supaya orang Islam dan juga bukan Islam menjadi lebih dekat dengan Islam melalui "Rahmatan LilAlamin".

 

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel

Artikel berkaitan: