Perigi buta: Iskandar pun nak terjun masuk juga?

Datuk Mahfuz Omar Datuk Mahfuz Omar

Saya agak terkejut dengan penjelasan YB Datuk Ir Iskandar Abdul Samad, Naib Presiden Pas yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Negeri Selangor.

"Mohon penjelasan lebih lanjut dari Datuk Iskandar mengenai ketidakhadiran Pas pada Majlis Perasmian Parti Pribumi Bersatu Malaysia di Stadium Malawati pada 14 Jan 2017 yang lalu disebabkan kehadiran Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP.

"Keputusan untuk tidak hadir disebabkan kehadiran AMANAH dan DAP pada majlis tersebut serta ketiadaan hubungan politik PAS dengan kedua-dua parti tersebut menyebabkan pimpinan sebulat suara mengambil keputusan tidak hadir ke pelancaran PPBM,"kata Datuk Iskandar.

 Pada saya kenyataan dan penjelasan Datuk Iskandar sangat mengejutkan dan mengundang risiko yang besar kepada kelangsungan politik PAS khususnya kedudukan PAS dalam kerajaan Negeri Selangor.

"Kenyataan tersebut seolah memberi isyarat kepada YAB Datuk Seri Mohd Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor bahawa 3 orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Negeri Selangor dari PAS tidak akan hadir mesyuarat Exco akan datang dan sekali gus akan melepaskan jawatan sebagai Exco disebabkan anggota Exco kerajaan negeri terdapat juga wakil dari DAP dengan jumlah bilangan yang sama dengan Pas."

Kenyataan Datuk Iskandar juga membayangkan yang semua Ahli Majlis PBT dari Pas di Selangor akan bertindak seiring dengan tindakan Exco disebabkan semua PBT Selangor terdapat wakil DAP dan beberapa orang wakil Amanah. Saya juga percaya yang Datuk Iskandar perlu bertindak demi maruah.

Kenyataan Datuk Iskandar juga membayangkan Pas akan menamatkan atau memutuskan hubungan dengan PKR dan tidak akan menjalinkan hubungan dengan PPBM kerana kedua-dua parti ini mempunyai hubungan kerjasama politik melalui dokumen perjanjian kerjasama (MoU).

Tidak mustahil demi maruah, Datuk Iskandar akan lakukan ini untuk tidak lagi dituduh seperti dakwaan wakil Dewan Ulamak Pas Selangor pada tahun 2016 yang berkata wakil rakyat dan mereka yang nak pertahankan kerajaan Selangor kerana sayangkan jawatan.

Kenyataan Dewan Ulamak Pas Selangor telah mengundang reaksi Datuk Iskandar dengan berkata mereka yang mendakwa sedemikian rupa sebenarnya sejak tahun 2008 berada dalam perigi buta.

Persoalannya adakah Datuk Iskandar dan wakil rakyat PAS di Selangor bersedia untuk kembali terjun ke dalam 'PERIGI BUTA'?.


*Penulis adalah Ahli Parlimen Pokok Sena
5.45pm Taman Al Walid Alor Setar
17 Jan 2017/ 18 Rabiulakhir 1438H

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel

Artikel berkaitan: