Apa beza minda politik 'sipil' Indonesia dan sivil Malaysia?

Kalau di Indonesia, adakah orang politiknya berkempen dengan beras dan wang? Tak boleh bayang saya kerana Indonesia hari ini warganegaranya dianggarkan mencecah 267 juta orang. Itu bukan tugas calon tetapi itu tanggungjawab kerajaan yang memerintah.

Malah kongsi orang yang rapat dengan saya yang pernah ke Indonesia untuk melihat sendiri proses pemilu di sana menceritakan bukan rakyat yang berkempen dan menghulur barang atau wang tetapi ahli politik yang akan bawa pulang "buah tangan" dari para pengundi mereka.

Maknanya minda rakyat Indonesia itu jauh memenuhi maksud kemerdekaan (bebas) berbanding rakyat Malaysia. Kalau ada yang melontar pertanyaan pada saya apa kepentingan perkongsian semua ini, jawapan saya mudah, itulah mekanisme yang paling baik untuk Umno Barisan Nasional (BN) memerintah.

Dengan menjadikan budaya memberi wang atau barang di samping membawa jenama BN bersama, ia adalah proses indoktrinasi minda masyarakat Melayu khususnya supaya menganggap proses tersebut sebagai rukun politik yang benar. Maka pihak lawan akan terkekang penerimaan oleh masyarakat khususnya Melayu yang meletakkan undian mereka pada siapa yang bagi apa dan berapa jumlahnya.

Tentu soalan yang akan mula diajukan sekarang adalah apa yang perlu dilakukan? Sebab itu semuanya berada di tangan rakyat di bawah. Hak anda itu jika tidak dipegang dengan baik maka kita akan redha terhadap ulangan skrip yang sama saban kali menjelang pilihan raya.

Rakyat perlu mengubah cara pembawakan politik yang klasik seperti di atas. Seluruh yang namanya warganegara perlu berfikir apa yang lebih memberi jaminan jangka panjang dari keseronokan yang bersifat sementara.

Melawan itu perlu walau yang bakal kita hadapi itu adalah parti kita sendiri. Yang salah tetap salah dan betul perlu ditegakkan tanpa bersikap berat sebelah. Jika tidak maka teruslah membantu BN kekal sebagai kerajaan paling lama dan gila merompak harta rakyat serta negara.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel