• Kolumnis AMANAH 1Kolumnis AMANAH 1

Kisah Labu Labi dan RM90 juta

Satiful Bahri, Pesuruhjaya  Pas TerengganuSatiful Bahri, Pesuruhjaya Pas Terengganu

Kenyataan Pesuruhjaya Pas Terengganu Ustaz Satiful Bahri yang mengatakan Amanah ibaratkan "Si Luncai dengan Labu labunya" amat di kesali. Apakan lagi datangnya dari seorang ustaz yang merupakan pesuruhjaya parti Islam namanya. Kami yang tak ustaz pun tidak tergamak mengeluarkan kata-kata begitu yang merendahkan keupayaan orang lain sedemikian rupa.

Tuduhan Ustaz Satiful yang Amanah di Kelantan berpakat dengan Umno untuk menjatuhkan Pas tidak mempunyai asas seperti situasi di Terengganu pada tahun lepas di mana PAS terang terang menyelamatkan UMNO pimpinan Razif semasa undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Semasa ahli-ahli Umno sendiri di ketuai oleh Datuk Seri Ahmad Said mengemukakan undi tidak percaya di Dewan, Pas tidak menyokongnya. Kalau orang Umno sendiri tidak percaya kepada Razif, Pas pulak menjadi penyelamat penyambung hayat beliau.

Ini ibaratkan pemain bola Umno telah tolong "memeteh" untuk memberi tendangan penalti kepada Pas, Pas pulak menolak penalti yang diberi pengadil! Ini amat luar biasa dan munasabah untuk kita mempunyai asas mengatakan "Pas berpakat dengan Umno" untuk ianya terus berkuasa.

Dimanakah pula asas Ustaz Satiful menuduh Amanah hendak berpakat dengan Umno? Ustaz patut tahu hukum menuduh tanpa asas dan bukti dalam Islam.

Saya menasihatkan Ustaz memberi tumpuan kepada kenyataan Sarawak Report yang menuduh PAS menerima RM90 juta dari Umno. Sarawak Report menafikan Pas telah menyaman mereka setelah berjanji untuk berbuat demikian selepas satu bulan.

Pimpinan tertinggi Pas telah menyatakan saman telah dibuat sementara Sarawak Report menyatakan mereka hanya menerima "surat tuntutan" maaf dan ia bukan merupakan saman. Pimpinan Pas patut tahu bezanya diantara "letter of demand" dengan saman. Sarawak Report masih menunggu saman.

Selepas tuduhan umum Sarawak Report, Datuk Husam pula menyatakan dengan lebih khusus RM90 juta itu dipercayai melalui Affin Bank dan akan memberi butirannya menjelang PRU 14. Pas sekali lagi mengugut untuk saman. Rakyat Malaysia menunggu dengan penuh debaran bila lagi nak saman sementara yang Sarawak Report yang berbulan dahulu pun belum dilakukan.

Kalau saman Sarawak Report dan Datuk Husam, rakyat akan dapat tahu butiran pemberian RM90 juta tersebut. Dan kalau Pas tidak menunaikan ikatan janji dengan penderma RM90 juta tersebut, mungkin penderma pulak akan mendedahkan butiran akaun RM90 juta tersebut! Jadi saya rasa baiklah Ustaz Satiful tumpu tolong menyelesaikan masalah "dilema" perangkap buatan sendiri ini.

Saya menjangkakan jika kapal di naiki oleh mereka yang tertentu dan rakan-rakannya karam di lautan yang makin begelora, "labu labu" muatan kapal tersebut akan terdampar di Pantai Timur diantara Paka dan Marang!


* Penulis adalah Pengerusi Amanah Terengganu.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel