Apakah pendiriaan rakyat terhadap pergolakan di Yaman?

Kita berpilih-pilih menyatakan solidariti kita dalam sesetengah isu pergolakan negara yang pemerintahnya Islam. Kita berpilih-pilih menyatakan solidariti kita dalam sesetengah isu pergolakan negara yang pemerintahnya Islam.

Bila bertanya mengapa kita tidak bangkit ketika Yaman diserang US dan Saudi sepertimana kita bangkit mempertahankan Aqsa dan Aleppo?

Hampir pasti jawapannya nanti akan berkisar sekterian. Bila disebut Houthi Ansarullah sudah pasti sekte apa yang akan berlegar dalam gelegar otak masyarakat Malaysia khususnya melayu. Ia tidak lain dan tidak bukan adalah "syiah".

Hingga ada yang mengakui diri mereka sunni beranggapan biarkanlah peperangan itu berlarutan hingga puak syiah yang ada mati dek kerana "sikap keras" mereka terhadap sunni. Kasihan mereka kerana terhukum atas hujah mereka yang ekstrim dalam beragama.

Samalah seperti apa yang berlaku di Aleppo tempoh hari. Kefahaman ramai perang yang tercetus hanya kerana sekterian. Mereka cuma melihat sosok yang memerintah itu Bashar yang beraliran syiah. Namun yang mendakwa sendiri tidak pun membela nasib penganut syiah yang gugur dalam peperangan terbaru ini.

Cuma tindakan masyarakat Islam Malaysia tidak sedikit pun mencerminkan kemanusiaan yang dituntut. Kita berpilih-pilih menyatakan solidariti kita dalam sesetengah isu pergolakan negara yang pemerintahnya Islam. Apakah Islam itu mengajar kita hanya memilih golongan yang sekutu dengan kita untuk dibantu?


Firman Allah swt dalam surah Al-Maidah ayat 8 yang bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."


Usahlah kita bersikap "dwistandard" dalam memberi pertolongan disaat mereka memerlukan. Apakah disesetengah negara yang ditindas pada anggapan kita seluruhnya yang terkesan adalah sunni, maka kita bangun menuntut hak mereka dilayan sebagai manusia lalu kita menyatakan pandangan dan gesaan agar peperangan itu dihentikan.

Tetapi apabila yang ditindas itu adalah dari mereka yang bukan puak dan juak kita lalu kita biarkan malah ada yang tahap menyokong. Apakah Islam mengajar kita untuk menjadi muslim sebegitu? Jika kita merasa jijik terhadap Bashar, mengapa kita tidak merasa jijik kepada penguasa Saudi yang menghalakan senjata kepada manusia disana.

Kasihan anak-anak Yaman yang kecil hilang ibu dan ayah mereka disaat mahu membesar. Saya doakan mereka membesar dengan baik untuk membina kembali Yaman yang baru. Dunia ini akan aman bila manusia mula belajar menjadi manusia.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel

Artikel berkaitan: