Laporan BNM: Mustahil capai ekonomi pendapatan tinggi 2020?

Dr zulkefly Ahmad kolum

Laporan terbaru Bank Negara Malaysia merisaukan.

 Laporan Bank Negara Malaysia (BNM) secara tak sengaja telah mengisytiharkan cita-cita PM Najib Razak untuk menjadikan Malaysia sebuah negara 'berpendapatan tinggi' sebagai mustahil.

Dilancarkan pada 21 September 2010, Program Transformasi Negara (PTN) bercita-cita menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi dengan Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita (setiap rakyat) sebanyak US$15,000 (RM62,655 dengan kadar pertukaran US$1=RM4.1).

PTN bakal melonjakk PNK ke paras UD$523 bilion menjelang 2020 bersesuaian dengan takrif Bank Dunia untuk mencapai 'Negara Berpendapatan Tinggi'. Untuk itu, Malaysia mesti mencapai pertumbuhan sebanyak 6% setiap tahun bermula 2011.

Dengan Laporan BNM 2016 ini, PNK per kapita untuk 2015 berada pada US$9,238 (RM36,078 dengan pertukaran $1=RM4.01). Untul 2016, BNM melaporkan pendapatan sebanyak US$9,096 (RM37,738) pada pertukaran asing $1=RM4.15.

Untuk 2017 sehingga Mac lalu, laporan BNM merakamkan peningkatan ke paras RM39,656 dengan pertukaran $1=RM4.45. Seorang Menteri di JPM (Rahman Dahlan) spontan menyebutkan bahawa kegagalan ini adalah disebabkan isu pertukaran asing akibat kelemahan Ringgit.

Rahman jelasnya tersasar atau cuba menutup sebab kegagalan sebenarnya. Soal besarnya bukan berkisar kelemahan ringgit. Faktor ringgit bukan punca tetapi akibat. Saya telah menulis mengapa ringgit jatuh paling teruk berbanding 10 matawang Asia yang.

Untuk 3 tahun berturut-turut, Najib gagal mencapai pertumbuhan yang disasarkan bahkan trend pertumbuhan adalah sebaliknya menurun (downward). BNM melaporkan bahawa pertumbuhan 2014 adalah 6% dan kemudian menurun kepada 5% pada 2015 dan 4.2% untuk tahun 2016.

BNM hanya mengunurkan pertumbuhan dalam lingkungan 4.3% ke 4.8% untuk 2017. Tegasnya Malaysia tidak mampu membuat pecutan ke garis penamat 2020. Untuk mencapai sasaran US$15,000, negara mesti memacu pertumbuhan melebihi 10% (setepatnya 13.5%) setiap tahun sehingga 2020.

Hello PM, apakah itu satu objektif yang munasabah di capai..Jawapan pakar-pakar ekonomi mungkin saja...Amat Mustahil!

Malangnya Najib baru-baru ini, dalam Forum Transformasi Global (The Edge, 23 March, 2017), mengisytiharkan Malaysia bakal mencapai negara 'berpendapatan tinggi' pada tahjn 2020.

 Acapkali telah kami cadangkan supaya Najib lebih baik menumpu memacu sebuah pembangunan ekonomi yang adil di mana jurang atau kesenjangan kaya-miskin dirapatkan dan kebocoran akibat rasuah dan salah-guna kuasa yang mengorbankan berbilion ditangani Najib!

Jelasnya Najib-Umno-BN bukan penawarnya tetapi penyebab dan punca utama kegagalan negara ini.

 

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel