Perlakuan yang merosakkan nama Islam

Shukur Harun

Ada dua hal yang perlu direnungkan, iaitu antara wajah Islam dan perlakuan umat Islam sendiri. Wajah Islam tetap murni, mulia, unggul, sentiasa terkini dan selamanya.

Tidak ada cacat dan kekurangan serta kelemahannya.

Ia sempurna dan murni seperti mana ia mula diturunkan hingga kini seperti yang digambarkan di dalam Al-Quran.

Islam itu tetap menjadi ‘Rahmat seluruh alam’, meenebarkan rahmatnya ke seluruh alam dan manusia. Islam mengajar umatnya menjadi ‘Umat pertengahan, menjadi saksi (menegakkan keadilan) di antara manusia dan Rasul-Nya menjadi saksi.’ (Surah Al-Baqarah, 134).

Ini keunggulan Islam. Kerana itu ia telah mengalahkan empire besar Rome dan Parsi, menebarkan kecemerlanganna hinga ke seluruh dunia, termasuk ke negeri China . Demikianlah hebatnya Islam.

Malangnya apabila kita melihat perlakuan sesetengh umat Islam, terutama masa kini, kita merasa sangat jengkel, marah dan kecewa.

Justru perlakuan mereka sangat mencedera dan memburukkan nama naik Islam yang murni.

Perlakuan buruk mereka itu seperti yang ditunjukkan oleh pengganas Isis, perihal lebel melebel, kafir mengkafir sesama Islam, perlakuan rasuah dan pemborosan, penyelewengan, penipuan, serta akhlak yang buruk yang sangat mencederakan imej Islam.

Bagaimanapun, ramai umat Islam, terutama di Barat, dapat membezakan antara kemurnian Islam dengan perlakuan umat Islam yang buruk ini.

Antrara perbuatan sesetengah umat Islam yang menjadi penyumbang besar menyebabkan pecah belah di kalangan umat ialah perbuatan takfiri, mengkafirkan sesama umat Islam yang hanya berasaskan kepada emosi dan kepentingan golongan atau puak mereka.

Juga menghukum antara sesama umat tanpa rujukan dari Al-Quran, Sunnah dan dan hadis mutawatir serta dalam suasanaa yang ti tidak mengizinkan. Di samping itu memperlihatkan Islam sebagai agama yang tidak ramah, tidak ada toleransi, tidak ada keterbukaan.

Memperlihatkan Islam hanya dari segi hukum – kafir, murtad, munafik dan sebagainya. Jauh sekali dari elemen kemanusiaan.

Sedangkan sepanjang Seerah Nabi s.a.w., penuh dengan teladan yang menggambarkan bahwa Nabi s.a.w. sentiasa menebarkan kasih saying sesama manusia.

Hakikatnya, hubungan sesamaa Islam ialah berdasarkan persaudaraan agama, sementara hubungan dengan sesama bukan Islam ialah berdasarkan hubungan kemanusiaan. Seerah Nabi s.a.w. begitu banyak menjelaskan sikap muni ini.

Disebabkan sikap Nabi s.a.w. yang menebarkan dakwah secara hikmah inilah, Islam tersebar luas dn kekal hingga hari ini.

Sesungguhnya Islam tidak sekedar hukum, tetapi ia menebarkan keperluan menegakkan keadilan, keadilan, hak-hak insan menurut syariat Islam dan segala nilai kemanusiaan seperti yang diperlihat melalui seerah Nabi s.a.w.

Sejak lama dulu ditekankan bahawa pendakwah bukan penghukum, tetapi kebanyakkan yang terjadi kini sesetengah pendakwah menjadi penghukum semata-mata.

Sebab itu, kini ada di kalangan anggota masyarakat menjadi resah dan kecewa dengan perkembangan ini. Pada hal banyak surah di dalam Al-Quran dan hadis yang menegaskan pentingnya toleransi ini.

Umpamanya Surah Mumtahanan, Surah Al-Kafirun sendiri, Surah Al-Hujarat, Surah Al-Baqarah sendiri dan beberap surah lain.

Surah-surah ini memberi arahan supaya diamalkan tolak ansur di kalangan masyarakat, termasuk di kalangan bukan Islam.

Jangan memerangi mereka sehnggalahh mereka memerangi Islam dan umatnya.

Ini prinsip yang dijelaskan dalam pelbagai surah, termasuk surah yang disebutksn tadi.

Adalah sangat perlu umat Islam menekungi dengan mendalam kehendak Al-Quran dan seerah Nabi s.a.w ini dan mengambil iktbar darinya.

Jangan jadi penyumbang kepada perlakuan buruk ini yang akhirnya memburukkan Islam itu sendiri.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel