Undi Pas atau Umno?

 Pas akan bersefahaman dengan Umno atas manifesto Melayu-Islam. Pas akan bersefahaman dengan Umno atas manifesto Melayu-Islam.

Membentuk pakatan pembangkang tidaklah mudah di Malaysia, asas BN kekal bukan kerana BN kuat tetapi pembangkang senantiasa lemah dalam membentuk kesepàkatan mereka. Memecahkan pembangkang adalah teras strategi Umno- BN.

 Lebih ketara isu Hudud dan terkini RUU 355, adalah bukti strategi ini sejak post- PRU 2013. Antara parti yang rapuh dengan isu ini ialah Pas yang 'tergoda' dengan isu ini sehingga keseluruhan infra kekuatan pembangkang dalam PR (ketika itu) hancur.

 Kebangkitan semula pembangkang terbentuk tahun 2015 dengan lahirnya Pakatan Harapan dengan parti Amanah menjadi impetus kepada kemunculan Pakatan Harapan. Terkini Bersatu telah memperkukohkan kebangkitan pakatan pembangkang.

Kecuali Pas, semua parti pembangkang utama kini tekad dengan kesepaduan mereka untuk menggantikan kerajaan Umno-BN dalam PRU aka datang.

Hasil usaha membentuk semula infra bagi parti pembangkang, garis pemisah pertembungan PRU akan datang telah dilukis dan ianya amat jelas antara BN dan PH. Kejelasan ini amat penting bagi menentukan kejayaan menumbangkan BN atas matlamat 'SELAMATKAN NEGARA'

Soalnya Pas dimana? Kengganan Pas menyertai PH pasti akan mengelirukan mesej UBAH yang dibawa oleh gabungan pembangkang selama dua PRU yang lalu. Sistem politik berpilihanraya di Malaysia unik kerana berlakunya 3 atau 4 penjuru akan mencacatkan infra yang terbina selama ini dan memberi kelebihan kepada BN.

Apakah Pas akan bersendirian? Tentunya tidak bijak, saya yakin PAS perlu ada strategi kesepakatan, buktinya Pas cuba mebawa ide Blok ke 3 yang kini entah ke mana. Ada juga maklumat yang menyatakan Pas mencadangkan kepada salah satu komponen PH untuk buat persefahaman berasingan tanpa Amanah dan DAP. Semua ini membuktikan PAS sedar kehilangan tapak sokongan jika ia bersendirian.

Saya amat yakin, satu lagi alternatif ialah Pas akan bersefahaman dengan Umno atas manifesto Melayu-Islam. Hal ini telah ditunjukkan melalui kenyataan terkini Presiden Pas dalam wawancara Mingguan Malaysia tentang survival Melayu-Islam hanya terletak jika pengundi menyokong Pas atau Umno. Razman Zakaria selaku PJ Perak dan AJK Pas Pusat turut menyeru dalam status FBnya terkini bahawa lebih baik menyokong Melayu PAS atau UMNO dari menyokong 'Pan' DAP dan PKR. Razmannjuga menyatakan daripada mengundi DAP lebih baik undi MCA.

 Mesej Pas amat jelas malah 'body language' dalam isu RUU 355 telahpun membuktikan ada persefahaman pra PRU antara Pas dan Umno. Hubungan Pas Umno berputik sejak post 2013 adalah satu kecurangan kepada undi yang rakyat beri kepada PR. Kekasih 'haram' Pas adalah 'musuh' rakyat sedangkan Pasmasuk PRU 2013 untuk mengalahkan Umno yang kini 'bercumbuan' dengan Pas.

Mesej PH kepada rakyat dalam PRU akan datang adalah tolak Umno-BN. Ini bermakna sesiapa yang menjadi penghalang dalam cita-cita ini akan turut ditolak termasuk hubungan 'curang' Umno dengan kekasih gelapnya.

Saya tiada keraguan pada tahap ini untuk membuat kesimpulan awal bahawa satu undi kepada Pas adalah undi kepada Umno-BN kerana Presiden Pas dan Razman menyebut orang Melayu tiada pilihan untuk melindungi Islam-Melayu mereka mesti mengundi Pas atau Umno. 'Atau' dalam Bahasa Melayu bermakna 2 atau lebih merupakan perkara yang sama sebagai pilihan.

Saya kekal menyatakan tolak Umno dan tolak mana-mana parti yang kata sokong partinya atau Umno. Asas penolakan adalah jelas, tak perlu saya perincikan di sini.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel

Artikel berkaitan: