Adakah wakil rakyat yang beli roti canai, nasi lemak untuk petugasnya

Dr Rani bergambar bersama penerima bantuan SMUE di pejabat PKM Meru. Dr Rani bergambar bersama penerima bantuan SMUE di pejabat PKM Meru.

Jarang untuk sesaorang wakil rakyat membeli roti canai, nasi lemak dan air kotak untuk petugasnya namun ia menjadi kebiasaan yang dilakukan oleh Adun Meru, Dr Rani Othman untuk anak buahnya.

Dr Rani beli roti canai untuk kakitangannyaDr Rani beli roti canai untuk kakitangannyaIa dilakukan Dr Rani ketika bersama-sama sarapan pagi dengan penduduk di sebuah warung di kawasannya sebelum masuk pejabat Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) beliau.

Semuanya dilakukan Dr Rani sebelum berlepas ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor bagi menyertai mesyuarat di sana.

Sebagaimana biasa, sebelum berlepas ke SUK, pelbagai perkara perlu beliau selesaikan di pejabat PKM.

Di situlah juga beliau menyerahkan sumbangan SMUE (Skim Mesra Usia Emas) kepada warga Meru dari pelbagai bangsa yang kematian ibu bapa atau mereka yang melebihi umur 60 tahun.

Hari ini sekali lagi akhbar Tamil Nesan menyiarkan aktiviti Dr Rani ketika beliau merasmikan Thirukurral beberapa hari lalu.

 

 

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel