Adun Hulu Klang serah memorandum #BebasAnwar ke pejabat Kesatuan Eropah

Memorandum diterima Duta dan Ketua Delegasi Kesatuan Eropah, Luc Vandebon.Memorandum diterima Duta dan Ketua Delegasi Kesatuan Eropah, Luc Vandebon.

Ahli Dewan Negeri (Adun) Hulu Klang Saari Sungib bersama wakil badan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan politik telah menyerahkan memorandum kepada pejabat kedutaan Kesatuan Eropah (EU) di Menara Tan & Tan, 207, Jalan Tun Razak 26 Mac lalu.

Penyerahan memorandum itu adalah sebahagian kempen #BebasAnwar sebagai 'tahanan politik'.

Memorandum diterima Duta dan Ketua Delegasi Kesatuan Eropah ke Malaysia, Luc Vandebon.

Rombongan yang diketuai Saari turut mengadakan perbincangan dengan wakil Kesatuan Eropah berhubung isu-isu hak asasi manusia dan Anwar yang diklasifikasikan sebagai 'tahanan politik'.

Ketibaan Saari disambut wakil pejabat kedutaan EU di Kuala Lumpur.Ketibaan Saari disambut wakil pejabat kedutaan EU di Kuala Lumpur.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel