Dr Rani raikan 752 rakyat Meru yang cemerlang

Dr Rani raikan pelajar cemerlang dari kawasan beliau

Seramai lebih 752 orang rakyat Meru yang terdiri dari ibu bapa termasuk 267 orang pelajar-pelajar cemerlang dari pelbagai bangsa di Meru diraikan hari ini.

Mereka diraikan oleh Adun Meru, Dr Abdul Rani Othman, ahli-ahli majlis dan dato-dato ketua kampung serta nazir-nazir masjid dalam Program Hari Anugerah Pelajar Cemerlang DUN Meru 2016 yang diadakan di Dewan MPK, Meru.  

Dalam ucapannya, Dr Abdul Rani mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar yang mendapat kepujian dalam PSRA, UPSR, PT3, SPM, TAHFIZ 30 juzuk, STAM dan STPM bagi tahun 2015.  

Katanya, mereka bukan sahaja mencipta kebanggaan kepada guru-guru yang mengajar mereka tetapi juga kepada ibu bapa mereka.  

"Semoga mereka dapat terus mendapat berbagai lagi kepujian dan kejayaan dalam hidup dan jangan sekali-kali memisahkan ajaran agama dalam kehidupan duniawi ini," katanya.

Dr Rani menyerahkan tong oren MPK kepada penduduk Meru

Semalam Dr Rani menyerahkan lebih 100 tong sampah MGB (Mobile Garbage Bin) berwarna oren milik Majlis Perbandaran Klang (MPK)  kepada penduduk Kampung Budiman dan Taman Binjai jaya.

 

 

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel