Peduli rakyat tetap keutamaan, kata Pengerusi Amanah Kelantan

Bantuan untuk program peduli rakyat Amanah KelantanBagi Pengerusi Amanah Kelantan, Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, program peduli rakyat tetap keutamaan tertinggi parti itu walaupun berhadapan dengan keupayaan dana yang amat terhad.

"Kita tetap bersama denyut nadi kesusahan rakyat yang semakin tertekan dengan keadaan ekonomi yang semakin sempit akibat pengurusan negara yang tenat," kata beliau semasa ditemui di majlis sumbangan asnaf DUN Bunut Payong di Cawangan Amanah Ismail 3 pagi ini.

Seramai 65 kalangan asnaf menerima sumbangan sumbangan berbentuk keperluan dapur pada program itu.

Sumbangan disampaikan sendiri oleh Wan Rahim bersama pimpinan Amamah Kota Bharu

Speaker Amanah negeri Kelantan, Ir. Normazuki Yacob, turut hadir dan menyampaikan tazkirah ringkas di majlis tersebut.Bergambar selepas program peduli rakyat DUN Bunut Payong

Program dianjurkan oleh Amanah Cawangan Ismail 3, bertempat di Batu 2, Bunut Payong, Kota Bharu

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel