Nasib golongan hawa dan kanak-kanak fokus Wanita Peduli

Puan Normala (tengah) menyampaikan sumbanganGolongan wanita atau juga dikenal hawa merupakan induk kepada semua masyarakat kerana merekalah yang melahirkan kita semua.

"Semua orang ibunya adalah wanita tentulah patut mereka dijaga dan dipedulikan," kata Pengerusi Pertubuhan Wanita Peduli, Puan Normala Mohd Nazar di majlis penyampaian bantuan kepada mangsa ombak di Pulau Kundur Pengkalan Chepa baru-baru ini.

Bagi memastikan golongan ini mendapat pembelaan katanya Wanita Peduli ditubuhkan untuk menggabungkan keupayaan yang ada bagi menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi.

"Kita dengar isteri didera, ibu dilupakan dan banyak kes yang menunjukkan golongan wanita tidak mendapat layanan wajar dalam kehidupan sekarang," katanya.Bergambar selepas sampaikan bantuan mangsa ombak besar

Dalam menghadapi keadaan bencana seperti di Pulau Kundur ini katanya golongan wanita tentulah berhadapan dengan situasi amat mencabar untuk menjaga keluarga terutama yang ada anak-anak kecil.

Pada majlis itu Wanita Peduli bersama Stesen Petronas Padang Tembak dan PCB beserta NGO IKRAM dan Kelab Amal Jariah Kelantan membahagi-bahagikan bantuan kepada mangsa-mangsa ombak besar yang menyebabkan mereka kehilangan tempat tinggal dan kini menumpang di sekolah berdekatan.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel