Tidak perlu tokok tambah cerita, kata ayah arwah Nuri Nadirah

Datin Khadijah mewakili Wanita Peduli sampaikan sumbangan

Keluarga arwah adik Nuri Nadirah redha pemergiannya, dan menganggap tragedi yang berlaku satu ketentuan Allah.

Ayah kepada Nuri yang beliau panggil Aisyah berharap orang ramai tidak membuat cerita-cerita rekaan yang mejadikan keadaan lebih kusut dengan pelbagai spekulasi.

"Cukuplah duka kami sekeluarga, sama-sama kita berdoa agar kita pun akan mengikuti dia dengan rahmat Allah", kata Roslan Ghazali ketika menerima rombongan NGO Wanita Peduli di rumahnya khamis lalu.

Rombongan Wanita Peduli mendengar sendiri dari ayah arwah Nuri NadirahDatin Khadijah Abdul Majid (isteri bekas speaker Dun Kelantan Dato' Wan Abdul Rahim Wan Adullah) mengetuai rombongan pertubuhan itu menziarahi mangsa yang dikatakan dipatuk ular ketika berada di sekolah 19 April lalu.

Wanita Peduli yang hadir bersama jawatankuasanya menyumbangkan bantuan dan mendoakan keluarga arwah agar tabah menghadapi ujian besar itu.

"Yang penting sekarang kita sama-sama bersama keluarga ini bagi meneruskan kehidupan dengan selamat dan sentiasa berserah kepada Allah dalam menghadapi ujian daripadaNya," kata Datin Khadijah.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel