Aminolhuda ziarah mangsa ribut

Aminolhuda lawat mangasa ribut yang memusnahkan tiga buah rumah penduduk.Aminolhuda lawat mangasa ribut yang memusnahkan tiga buah rumah penduduk.

Adun Parit Yaani Aminolhuda Hassan tetap mengutamakan rakyat di kawasan beliau sendiri walaupun sibuk dengan program Amanah di peringkat negeri dan nasional.

Baru-baru ini, setibanya beliau dari Sarawak selepas berkempen untuk pilihan raya negeri, Aminolhuda yang juga pengerusi Amanah negeri Johor terus menziarahi mangsa ribut di Kampung Baru Mukim 7, Parit Yaani, Batu Pahat.

Hujan lebat dan ribut pada petang Selasa minggu lalu mengakibatkan tiga buah rumah mengalami kerosakan teruk.

Rumah mangsa yang dikenali sebagai Sani merupakan rumah pusaka keluarga yang paling teruk mengalami kerosakan.

Seluruh bumbung rumahnya tercabut diterbangkan angin sejauh 30 meter dari rumahnya dan jatuh di atas pokok getah.

Semasa kejadian, semua ahli keluarga Sani iaitu isteri dan empat anaknya berada di dalam rumah.

Enam beranak ini menghadapi detik cemas apabila angin kencang dan hujan lebat mencurah-curah menerjah ke dalam rumah yang telah
kehilangan bumbungnya.

”Hanya lafaz "Subhanallah" yang dapat saya ungkapkan apabila melihat keadaan rumah Sani dan menyatakan simpati kepadanya.

”Namun saya nyatakan kepada Sani, dia perlu bersyukur kerana tiada kemalangan ke atas anak-anaknya,” kata Aminolhuda.

Kos bagi menggantikan kerosakan keseluruhan dianggarkan melebihi RM30 ribu.

Rumah tersebut perlu dibaiki segera kerana semua keluarga itu menumpang di sekolah agam aberdekatan buat sementara waktu.

Justeru Aminolhuda menyeru para dermawan agar menghulurkan bantuan bagi membaiki rumah mereka.

Sumbangan boleh dibuat ke akaun Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Parit Yaani (PKWR) 551463056713 -Maybank

Kepada individu yang telah memberikan sumbangan diharap memaklumkan setiausaha PKWR Noor Azam Sakib untuk rujukan.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel