Asnaf Kubang Kerian disantuni Amanah

Datuk Dr. Abdul Halim Yusuf sampaikan sumbangan kepada AsnafDatuk Dr. Abdul Halim Yusuf sampaikan sumbangan kepada Asnaf

Menjelang penghujung Ramadan, golongan Asnaf yang tidak bernasib baik terus disantuni pelbagai pihak.

Aktivis Amanah membantu sampaikan sumbanganAktivis Amanah membantu sampaikan sumbanganParti Amanah Negara (Amanah) Kubang Kerian tidak ketinggalan dalam meringankan beban anggota masyarakat yang terus tertekan dengan pelbagai masalah yang melanda.

"Walaupun masih baru, parti Amanah kawasan tidak akan berdiam diri dalam usaha peduli rakyat yang memerlukan," kata ketua Amanah kawasan, Haji Fauzi Mohamad.

Jumaat lalu hampir seratus penerima diberi sumbangan berbentuk bahan keperluan menjelang raya dan sejumlah wang tunai.

Majlis diadakan di pejabat Amanah kawasan Kubang Kerian di hadapan Istana Negeri Jalan Pasir Puteh.

Turut menyampaikan sumbangan adalah Naib Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Dr. Abdul Halim Yusuf.Tuan Haji Fauzi Mohamad di majlis berbuka puasa bersama aktivis di pejabat Amanah Kubang KerianTuan Haji Fauzi Mohamad di majlis berbuka puasa bersama aktivis di pejabat Amanah Kubang Kerian

Dua hari sebelumnya Amanah Kubang Kerian mengadakan majlis berbuka puasa bersama aktivis peringkat kawasan dan cawangan-cawangan.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel