• Kolumnis AMANAH 1Kolumnis AMANAH 1

Kemesraan ADUN Kelaboran kunci hubungan dengan rakyat

ADUN Kelaboran dengan penuh mesra menyerahkan kunci Rumah Duafat kepada suami isteri warga emas di TumpatTumpat - Kemesraan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelaboran, Mohd. Zaki Ibrahim sentiasa terserlah di kalangan rakyat Tumpat khususnya dalam kawasan yang beliau wakili.

Baru-baru ini di majlis penyerahan kunci rumah Duafat beliau menggunakan masa yang cukup untuk bersama merasai denyut nadi masyarakat kampung.

Penerima rumah bertuah itu, Mahusin Awang dan isteri, Siti Khatijah Mohamad melahirkan kegembiraan atas sumbangan yang diurus ADUN berkenaan.

"Memang saya tak terfikir dapat duduk rumah secantik ini dan hanya terima kasih yang dapat saya hadiahkan kepada yang berhomat (ADUN) saya, Kata Mahusin sambil mengesat matanya yang kelihatan berair ketika ditanya pemberita di majlis tersebut.

Orang ramai di sekitar rumah berkenaan turut hadir untuk bersama wakil rakyat mereka yang turut bersama hingga waktu makan tengahari.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel