Dr Rani sentiasa dekat dengan masalah rakyat

Dr Rani meninjau jalan berlubang di Meru.

Tugas sebagai wakil rakyat bukan duduk di bilik sejuk di dalam pejabat sahaja tetapi banyak bersama rakyat merasai denyut nadi mereka.

Tidak ramai yang dapat membuat kerja-kerja ini tetapi hanya mereka yang cekal dan memahami keperluan rakyat sahaja yang mampu melaksanakan kerja-kerja ini.

Dr Rani temui kawasan pembuangan sampah secara tidak sah.Itulah yang dibuat oleh Adun Meru, Selangor, Dr Rani Othman dan itulah rahsia kejayaan Dr Rani sebagai salah seorang Adun yang popular di Selangor.

Walaupun tersepit dalam pertembungan politik PAS dan Amanah, namun sokongan untuk Dr Rani tidak terjejas dengan pergolakan dalam PAS ini.

Ketikka rakyat bukan Islam dikatakan mula menolak PAS namun tidak berlaku kepada Dr Rani kerana sokongan mereka kepada beliau terus utuh.

Menjadi rutin harian untuk beliau meninjau masalah rakyat dan mengambil tindakan berdasarkan permerhatian beliau sendiri.

Semalam Dr Rani bersama pemimpin masyarakat India tempatan, Mr Maniam meninjau masalah jalan-jalan berlubang di susur keluar lebuhraya Setia Alam ke Jalan Meru, Jalan Korporat dan kawasan perindustrian Meru.

Selepas itu, mereka meninjau pula tapak pengumpulan sampah di kawasan perindustrian Meru Indah untuk mempastikan operasi pembersihannya berjalan dengan baik.

Inilah tugas rutin Dr Rani yang menyebabkan rakyat sentiasa dekat dengan beliau.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel