• Kolumnis AMANAH 1Kolumnis AMANAH 1

Awan Terengganu dekati golongan asnaf, dapat pujian wakil rakyat

Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Bahrin bersama Awan bergambar kenangan dengan golongan asnaf yang menerima bantuan pakaian persekolahan daripada Pasaraya Sabasun.Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Bahrin bersama Awan bergambar kenangan dengan golongan asnaf yang menerima bantuan pakaian persekolahan daripada Pasaraya Sabasun.

Kesungguhan Angkatan Wanita Parti Amanah Negara (Awan) negeri Terengganu membantu golongan daif dan memerlukan mendapat pujian Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Bahrin Shah.

"Saya yakin kerja keras yang ditunjukkan sayap wanita Amanah ini pasti akan membuahkan hasil dalam usaha memperkenalkan parti baharu pada masyarakat," katanya dalam satu majlis penyampaian peralatan kembali ke sekolah di Pasaraya Sabasun Kuala Terengganu baru-baru ini.

Sementara itu Ketua Awan Negeri Terengganu Rosiah Ibrahim dalam ucapan ringkasnya mahu para pelajar memberi tumpuan kepada pelajaran masing-masing walaupun ibubapa mereka dari golongan kurang berkemampuan.

"Adik-adik perlu memanfaatkan usia muda untuk menimba sebanyak mungkin pengetahuan supaya kita dapat menjadi orang berguna di kemudian hari nanti," katanya.

Rosiah yang ditemui Malaysia Dateline memberitahu pihak Awan telah menggerakkan pelbagai aktiviti bagi mendekati masyarakat.

"Sebaik penubuhan Angkatan Wanita Parti Amanah Negara (Awan) negeri Terengganu pada Oktober tahun lalu, kami terus bergerak tanpa menoleh ke belakang lagi dalam membantu dan menyumbang kepada golongan yang memerlukan," katanya.

Hampir saban minggu katanya pihak Awan menggerakkan aktiviti ziarahi golongan wanita yang sakit, ibu tunggal, golongan kurang upaya (OKU) dan mereka yang mendapat musibah.

"Melalui program ini kami memperkenalkan parti Amanah dan di mana ada kesempatan pemimpin-pemimpin Amanah akan menyertai rombongan kami," katanya.

Menurutnya ketika seluruh Terengganu dilanda banjir baru-baru ini, pihak Awan turut menyertai operasi membantu dan menyelamat.

Sebahagian asnaf yang menerima bantuan daripada pakaian persekolahan dalam majlis diadakan.Sebahagian asnaf yang menerima bantuan daripada pakaian persekolahan dalam majlis diadakan.

 Ketua Awan Negeri Terengganu Rosiah Ibrahim (kanan) menyampaikaan sumbngan kepada salah seorang penerima dalam majlis diadakan.Ketua Awan Negeri Terengganu Rosiah Ibrahim (kanan) menyampaikaan sumbngan kepada salah seorang penerima dalam majlis diadakan.

 

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel