• Kolumnis AMANAH 1Kolumnis AMANAH 1

Agih limau menjelang Tahun Baru Cina pupuk keharmonian kaum

Asmuni menghadiahkan limau mandarin kepada seorang petugas media di Ipoh sambil diiringi para pemimpin Amanah Perak.Asmuni menghadiahkan limau mandarin kepada seorang petugas media di Ipoh sambil diiringi para pemimpin Amanah Perak.

Program turun padang pemimpin Amanah Perak bertemu masyarakat Tionghoa yang bakal menyambut Tahun Baru Cina 28 Jan ini disambut meriah.

Pada setiap kunjungan, limau mandarin dan kad ucapan Tahun Baru Cina diagih-agihkan kepada orang ramai.

Tanggal 24 Jan lalu, para pemimpin Amanah Perak berkunjung ke pejabat-pejabat akhbar berbahasa Mandarin di sekitar bandaraya ini bagi mengucapkan selamat Tahun Baru Cina kepada para petugas media.

Rombongan pemimpin Amanah negeri itu diketuai Pengerusi Amanah Perak Asmuni Awi.

Turut mengiringi Asmuni ialah bekas Menteri Besar Perak merangkap Timbalan Pengerusi Amanah negeri Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin, pemimpin Pemuda Amanah negeri dan Awan negeri.

Kunjungan mereka disambut mesra para petugas media.

Di PARIT BUNTAR, Ahli Parlimen Parit Buntar Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa, Adun Kuala Kurau Abdul Yunus Jamhari dan Pemangku Ketua Amanah Parit Buntar Ir. Mohamad Sufian Ahmad menemui masyarakat Tionghoa untuk mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina.

Program turun padang itu dianjurkan bersama Amanah Kawasan Parit Buntar, Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar dan Pusat Khidmat Dun Kuala Kurau.

Penyelaras program, Hairul Nizam Ishak berkata program pada tahun ini mendapat sambutan menggalakkan dari masyarakat Cina di Parit Buntar.

"Pada tahun ini kami menyediakan 2000 beg berisi cenderahati, kad ucapan tahun baru dan limau untuk disampaikan kepada masyarakat Cina di Parit Buntar, Kuala Kurau, Tanjung Piandang dan Bagan Tiang," ujarnya ketika ditemui semasa menyampaikan beg sumbangan di Pekan Tanjung Piandang.

Turut hadir isteri Ahli Parlimen Parit Buntar Zuraida Husin, Ketua Komunikasi Hamdan Fadel Ahmad dan  Ketua Awan Aizatol Jamaeyah Ahmad

Menurutnya, selain edaran limau, turut diadakan majlis sumbangan kepada 100 warga emas dan penduduk miskin masyarakat Cina.

Ahli Jawatankuasa Amanah Parit Buntar Teoh Bak Chua yang ditemui berpuas hati dengan sambutan orang ramai.

"Masyarakat Cina jelas begitu ceria dan gembira menyambut kehadiran kedua-dua wakil rakyat mereka," katanya.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel