Amanah Pahang ziarah keluarga kanak-kanak lemas lombong bauksit

Zulkifli memberi kata kata semangat kepada ibu mangsa.

Pengarah komunikasi Amanah Pahang Zulkifli Mohamed menziarahi keluarga kanak-kanak yang meninggal akibat lemas di kawasan bekas lombong bauksit berhampiran Taman Sungai Karang Jaya, dekat Kuantan.

Dalam kejadian 6 Feb, 5.45 petang itu, tiga kanak-kanak termasuk dua beradik iaitu Sasabella Zulhairi, 12 dan adiknya Mahathir Mohamad, 7 serta rakan mereka, Nureen Ain Juwita lemas di kawasan bekas lombong bauksit berhampiran taman perumahan tempat mereka tinggal.

"Amanah Negeri Pahang amat bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarga ini dan berharap pihak bertanggungjawab mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelakkan perkara sama berulang," ujar beliau yang juga Naib Ketua Amanah Kawasan Indera Mahkota.

Zulkifli turut menyampaikan sumbangan tanda simpati kepada keluarga terbabit.

Turut bersama beliau beberapa ahli jawatankuasa Amanah kawasan.

Zulkifli menyampaikan sumbangan kepada bapa mangsa.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel