135 keluarga terima sumbangan Rice4u

Aminolhuda menyampaikan beras kepada seorang penerima.

Seramai 135 keluarga terpilih menerima bekalan beras dan barangan keperluan harian di bawah skim Rice4u AMANAH Johor.

Program bulanan itu  berlangsung di Parit Besar, Jalan Kluang, Batu Pahat, baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Parit Yaani Aminolhuda Hassan menyampaikan sumbangan kepada para penerima bagi Zon Parit Besar dan Broleh.

Program kali ini dianjurkan bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Dalam perkembangan berasingan, Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Dun Parit Yaani dan AWAN Kawasan Sri Gading telah mengadakan program 'Free Market' bagi membantu golongan yang memerlukan.

Pada program ini, pengunjung dibenarkan mengambil sebarang pakaian yang telah disediakan tanpa sebarang bayaran.

PPBM Bahagian Sri Gading yang diwakili Datuk Paduka Ahmad Faizal Tan Sri Mohamad Salim juga turut memberi sumbangan bagi menambah meriah lagi program tersebut.

Menurut Aminolhuda, kerjasama dengan PPBM akan diteruskan dari semasa ke semasa sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum (PRU).

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel