Air mata penduduk Kampung Bakar Batu akan dibawa ke sidang Dun Johor

Penduduk Kampung Bakar Batu mempertahankan kawasan kediaman merekad aripada dirobohkan pihak pemaju

Tangisan penduduk Kampung Bakar Batu, Perling, Johor akan dibawa ke sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Johor pada 14 Mei ini agar pihak Kerajaan Negeri Johor menilai semula permasalahan tanah kediaman mereka.

Penduduk Kampung Bakar Batu mempertahankan kawasan kediaman merekad aripada dirobohkan pihak pemaju

Tangisan penduduk Kampung Bakar Batu, Perling, Johor akan dibawa ke sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Johor pada 14 Mei ini agar pihak Kerajaan Negeri Johor menilai semula permasalahan tanah kediaman mereka.

Tindakan ini dilakukan berikutan semalam adalah tarikh terakhir penduduk kampung ini diusir dari tanah penempatan mereka dan sedang gusar dengan nasib hari-hari mendatang.

Penduduk terpaksa mengosongkan kediamanan mereka setelah notis dikeluarkan dan mereka perlu berpindah sebelum 9 Mei 2017.

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Salahuddin Ayub berkata, penduduk kampung harus menunjukkan pendirian mereka dengan hadirkan ke sidang Dun agar umum menyedari nasib mereka.

Menurut beliau juga, Amanah akan menggerakkan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) terutamanya Adun Pengkalan Rinting Cheo Yee How untuk bersama-sama penduduk kampung mendepani isu ini.

"Saya rasa sudah tiba masanya penduduk kampung berkumpul beramai-ramai di hadapan Dun Johor untuk menunjukkan sikap penduduk terhadap Kerajaan Negeri Johor berkenaan permasalahan kampung ini.

"Hari Ahad ini kita akan meminta Adun Pengkalan Rinting YB Cheo Yee How untuk bersama penduduk kampung sewaktu sidang Dun berjalan pada hari tersebut dengan membawa suara-suara penduduk kampung," kata beliau sewaktu menyampaikan taklimat di hadapan penduduk kampung.

Selain itu, Naib Pengerusi Johor Suhaizan Kaiat berkata, kesatuan yang ditunjukkan oleh penduduk kampung sungguh luar biasa dan ia tidak wujud di kawasan-kawasan yang lain.

Beliau berkata, kesatuan inilah yang membuatkan pihak kerajaan serta pemaju gerun untuk mengambil tindakan terhadap kampung ini dan ia adalah suatu kekuatan yang padu untuk mempertahankan kampung ini.

"Saya bangga melihat penduduk kampung ini bersatu dan kesatuan yang ditunjukkan ini adalah perkara yang luar biasa tidak ditemui di kawasan-kawasan atau di tempat lain selain kampung ini.

"Kesatuan sebegini yang membuatkan pihak kerajaan dan pemaju untuk mengambil tindakan terhadap kampung ini dan ia adalah suatu kekuatan yang padu untuk mempertahankan kampung ini," kata Suhaizan sewaktu dalam sesi taklimat bersama penduduk Kampung Bakar Batu.

Sesi taklimat itu juga turut dihadiri Cheo Yee How yang bergegas dari Dun Johor ke kampung tersebut serta turut dihadiri oleh pimpinan Amanah Kawasan Pulai.

Artikel berkaitan

http://malaysiadateline.com/index.php/berita-list/16-berita-utama/8310-penduduk-kampung-bakar-batu-diarah-kosongkan-rumah-lama-diduduki

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel