• Kolumnis AMANAH 1Kolumnis AMANAH 1

Adun Batang Kali bawa agensi kerajaan berdialog dengan penduduk

Adun Batang Kali Mat Nadzari bergambar bersama wakil agensi kerajaan selepas berdialog dengan orang ramai.Adun Batang Kali Mat Nadzari bergambar bersama wakil agensi kerajaan selepas berdialog dengan orang ramai.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batang Kali,  Mat Nadzari Ahmad Dahlan mengadakan program bersama agensi kerajaan dan penduduk di kawasan Hulu Selangor baru-baru ini.

Pertemuan sehari ini adalah lawatan bersepadu  agensi kerajaan Daerah Hulu Selangor yang dianjurkan Pusat Khidmat Dun Batang Kali, JPP Hulu Yam Bharu bersama KRT Taman Desa Hulu Yam Bharu dan KRT Taman Sri Liam.

Sebanyak lapan agensi telah turun padang untuk sesi dilog dengan lebih 50 penduduk setempat yang diadakan di Dewan Taman Desa Hulu Yam Bharu untuk mendengar permasalahan penduduk dengan agensi terbabit.

Orang ramai mengajukan soalan dalam dialog anjuran Adun Batang Kali.Orang ramai mengajukan soalan dalam dialog anjuran Adun Batang Kali.Menurut Mat Nadzari program sebegini sangat bermanfaat diadakan yang perlu diambil peluang oleh penduduk setempat untuk membuat aduan berkaitan keperluan taman atau kampong mereka.

“Pertemuan begini penting kerana ia menghubungkan terus dengan pegawai agensi terbabit untuk menyelesaikan permasalahan penduduk.

“Kebiasaannya dalam pertemuan sebegini segala tindakan akan diberikan perhatian utama untuk pegawai mengambil tindakan menyelesaikan segera aduan yang dibuat penduduk dalam sesi dialog ini,” ujarnya yang menjadikan sesi dialog ini sebagai acara tahunan kepada setiap 11 zon di Parlimen Hulu Selangor.

Sesi dialog sehari ini diadakan di Zon 7 membabitkan  enam taman-taman perumahan iaitu Taman Patin, Kelisa, Kaloi, Arowana, Pekan Durian Baru dan Gotong Jaya.

Agensi-agensi terbabit seperti  Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri, Majlis Daerah Hulu Selangor, Majlis Amanah Rakyat Daerah (Mara), Jabatan Perpaduan dan Integrasi Daerah, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah (JKM), Jabatan Kesihatan Daerah Kuala Kubu,Jabatan Kemajuan Masyarakat Daerah (Kemas) dan Agensi Dadah Kebangsaan (ADK).

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel