Amanah Kota Bharu bersama ringankan beban asnaf menyambut Syawal

Husam bantuan raya

Parti Amanah Negara (Amanah) kawasan Kota Bharu bersyukur kerana dapat bersama meringankan beban asnaf di penghujung Ramadan.

Ketuanya, Kamaruzzaman Ismail berkata pihaknya amat berterima kasih kepada para dermawan yang tidak putus-putus menyalurkan sumbangan.

"Sebagai parti baru kita bergantung sepenuhnya kepada penderma untuk turut membela golongan terpinggir dalam masyarakat," katanya di majlis penyampaian bantuan hari. di Bunut Payong, semalam.

Majlis penyampaian itu disempurnakan Naib Presiden Amanah, Datuk Husam Musa.

Menurutnya, pihaknya yang bercadang untuk membantu golongan daif sepanjang Ramadan awalnya agak buntu kerana tiada sumber dana.

"Selepas kita meminta cawangan-cawangan membuat pemantauan keadaan orang ramai dan jawatankuasa merangka pelan tindakan, kita mula mendapat sokongan para penderma.

"Sepanjang Ramadan kita terus menerus menyampaikan sumbangan untuk mereka yang memerlukan.

Sebahagian katanya disampaikan secara berkelompok di pusat-pusat peduli rakyat yang diwujudkan di setiap Dun.

"Selain itu kita ada menggerakkan bantuan rumah ke rumah bagi warga uzur dan tidak mampu hadir," katanya

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel