• Kolumnis AMANAH 1Kolumnis AMANAH 1

Umno Bahagian Hulu Selangor raikan wartawan

Antara wartawan yang memenangi acara sukaneka dan karaoke.Antara wartawan yang memenangi acara sukaneka dan karaoke.

 

Majlis Ramah Mesra Hari Keluarga bersama Media dan Umno Bahagian Hulu Selangor berlansung meriah dengan kehadiran kalangan wartawan dan pemimpin Pergerakan Pemuda dan Puteri bertempat di Bukit Fraser.

Pertemuan santai selama dua hari diadakan itu, banyak diisi dengan aktiviti sukan tradisi dan sukaneka yang turut dihadiri dikalangan ahli keluarga masing-masing.

Majlis yang dianjurkan Umno Bahagian Hulu Selangor itu adalah salah satu program diatur bersama media oleh Adun Batang Kali Mat Nazari Ahmad Dahlan.

Yb Mat Nazari turut menyertai acara sukaneka diadakan.Yb Mat Nazari turut menyertai acara sukaneka diadakan.Beliau berkata, media diharapkan dapat memberikan sokongan kepada wakil rakyat BN di Selangor terutama sebagai jambatan menyampaikan maklumat antara pemimpin BN Selangor dan rakyat.

“ Sesuatu maklumat untuk sampai kepada rakyat peranan media amat penting. Segala usaha yang dijalankan untuk menyampaikan hasrat kerajaan kepada perubahan dan pembangunan dilakukan BN di negeri Selangor perlu dilaporkan untuk pengetahuan rakyat.

“Lebih-lebih lagi ketika berlansungnya sidang Dewan Undangan Negeri. Semua Adun BN sebenarnya berusaha keras mendesak agar pemimpin dan kerajaan negeri meletakkan kepentingan rakyat di hadapan melebihi propaganda politik kerajaan Selangor yang ada pada har ini,” ujarnya dalam usaha memdekatkan hubungan media dengan Umno Bahagian Hulu Selangor.

Lebih 100 yang hadir memeriahkan hari keluarga yang diadakan pada tahun ini.

Acara masuk air dalam botol antara sukaneka yang dilakukan dikalangan media dan Umno Bahagian.Acara masuk air dalam botol antara sukaneka yang dilakukan dikalangan media dan Umno Bahagian.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel