• Kolumnis AMANAH 1Kolumnis AMANAH 1

Teruja bekerja dengan Datuk Husam

Saifuddin Nasution Ismail dan Datuk Husam MusaSaifuddin Nasution Ismail dan Datuk Husam Musa

Alhamdulillah semalam saya sempat menziarahi sahabat saya Datuk Husam Musa di kediamannya.

Ramai rakan-rakan zaman mahasiswa hadir sama. Tetamu bertali arus menziarahi.

Saya tiba jam 12.15 tengahari dan menemani beliau sehingga waktu asar.

Saya akan sentiasa terkenang keseronokan bekerja di bawah almarhum Tuan Guru Nik Aziz dan Datuk Husam pada 2004-2007 ketika kedudukan kerajaan kelantan 23-22.

Memerintah dengan kelebihan satu kerusi ekoran kekalahan Pas di Pengkalan Pasir dalam pilihanraya kecil.

Kami teliti corak sokongan rakyat. Saluran 1 kalah teruk.

Pengundi warga tua cenderong sokong Umno BN. Datuk Husam ilhamkan program takaful warga emas Kifalah.

Kami bentangkan kepada Tok Guru Nik Aziz. dan idea ini disokong.
Saya dan tim Tabung Tok Kenali menggerakkan di setiap Dun.

Sambutan hebat diterima. Umno cuba lawan.

Umno buat Takaful Merdeka. Namun tak terlawan program Kifaalah. Tiba PRU12 kami mampu mendaftar lebih 100 ribu warga emas seluruh kelantan.

Setiap warga emas kami daftarkan pula 3 wasi (keluarga terdekat yang akan menerima manfaat takaful apakala warga emas meninggal).

Pengkalan data kami bertambah. Keputusan PRU12, 2008 pengundi saluran 1 beralih sokongan.

Kelantan menang besar. Kifalah bukan satu-satunya faktor tetapi satu daripada faktor penyumbang kemenangan.

Datuk Husam kaya dengan idea. Sangat fokus. Saya berbangga menimba pengalaman membantu menterjemahkan idea beliau untuk kebaikan rakyat kelantan.
Salute sahabatku... Datuk Husam Musa!

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel