• Kolumnis AMANAH 1Kolumnis AMANAH 1

"Menteri sial" ekspresi kemarahan Khalid Samad

Khalid Abdul SamadKhalid Abdul Samad

Perkataan "Menteri sial" yang diucapkan oleh ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad merupakan satu ekspresi kemarahan beliau terhadap sikap biadap Timbalan Menteri yang menyebut ayat lucah dan menghina ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok dan juga kerana tindakan tidak cermat speaker yang tidak mengendahkan saranan Khalid Samad supaya speaker mengarahkan Tajuddin menarik balik kenyataan lucah tersebut.

Ekspresi yang dikeluarkan kerana terlampau marah, mahupun terlampau gembira adalah satu perkara yang normal berlaku pada seorang manusia, dalam satu hadis riwayat Muslim, ada diceritakan kisah seorang pengembara di padang pasir yang kehilangan untanya yang turut membawa bekalan makan dan minumnya. Setelah lama mencari dan gagal menjumpai untanya, beliau menjadi putus asa. Beliau kemudiannya pergi berbaring dan tidur dibawah sebatang pokok dengam putus harapan.

Tiba-tiba ketika ia dalam keadaan seperti itu, untanya kembali berdiri di sisinya, lalu ia segera memegang tali ikat unta tersebut, oleh kerana terlampau gembira, maka ia berkata, "Ya Allah, Engkau adalah hambaku dan aku adalah tuhanMu". Beliau telah salah menyebutnya kerana terlampau gembira dan hakikatnya beliau bukanlah seorang muslim yang syirik.

Ekspresi kegembiraan dan kemarahan adalah berasal dari emosi yang ada kalanya tidak mampu dikawal, apatah lagi beliau berhadapan dengan sikap tidak bertamadun ahli parlimen BN yang menghina rakan sejawatannya dengan kenyataan lucah.

Pun begitu Khalid Samad mengatakan bahawa beliau akan menarik balik kenyataan tersebut "sial" jika Tajuddin menarik balik penghinaannya terhadap Teresa Kok.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel

Artikel berkaitan: