Jangan politikkan Islam

Zahid PAU 16

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
Assalamualaikum dan Salaam Sejahtera 

ISLAM MERANGKUMI SEGALANYA TERMASUK POLITIK !!!
NAMUN, JANGANLAH POLITIKKAN ISLAM SAMA-SEKALI !!!

Pada 29.11.2016, Timbalan Perdana Menteri, ZAHID HAMIDI telah dipetik oleh MALAYSIADATELINE.COM sebagai berkata :

"Dan ingatlah semua bahawa sekarang ialah waktu di mana Allah SWT meletakkan Datuk Seri Najib sebagai Presiden kita.",

"Takdir Allah SWT mengkehendakinya begitu. Justeru, saya menyeru kepada seluruh perwakilan agar jangan sesekali berwala' hanya di bibir.", dan

"Wala' saudara saudari sekalian haruslah juga pada perbuatan kerana itulah sebenarnya tuntutan dalam agama kita."

Wahai ZAHID HAMIDI, sebagai peringatan kepada semua terutamanya kepada diri saya sendiri :

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menjalankan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan suatu hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil" (Al-Quran; An-Nisa : 58)

“Hai orang-orang yang beriman, bertawakkallah kepada Allah, dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang jujur.” (Al-Quran; At-Taubah: 119)

“Siapa saja yang dianugerahkan Allah sebagai pemimpin, tetapi dia tidak berbuat sesuatu untuk kebaikan umatnya (malah sebaliknya menipu dan menzalimi umatnya ), Allah akan mengharamkan surga untuknya.” (Hadith Riwayat : Bukhari)

"Orang yang paling sakit siksaan di hari kiamat adalah pemimpin yang zalim (curang).” (Hadith Riwayat : Thabrani dari Abdullah bin Mas’ud).

“Sesudahku nanti akan ada pemimpin-pemimpin yang berdusta dan berbuat zalim, siapa yang membenarkan kedustaannya dan membantu kezalimannya, maka ia tidak termasuk golongan dari umatku dan aku juga tidak termasuk darinya dan ia tidak akan datang ketelaga (yang ada di surga).” (Hadith Riwayat : Nasa’i dari Ka’ab).

JUSTERU, Wahai Zahid Hamidi, kalaulah Rakyat (atau ahli UMNO sekalipun) harus terima pengataan anda, bahawa NAJIB RAZAK hendaklah diterima dan disokong semata-mata kerana "sekarang ialah waktu di mana Allah SWT meletakkan Datuk Seri Najib sebagai Presiden kita (UMNO)", TANPA HAK untuk SOAL keBATHILan dan keZALIMan, maka adakah anda, ZAHID HAMIDI menidakkan peringatan ALLAH S.W.T. dan RASULNYA kepada umat Islam (sebahagian kecil daripada peringatan yang mana adalah seperti yang dipetik di atas) ?? !!!

Saya yakin anda, ZAHID HAMIDI, semestinya lebih arif daripada saya dalam soal hukum-hakam dan tuntutan agama, maka, INGATLAH :

ISLAM MERANGKUMI SEGALANYA TERMASUK POLITIK !!!
NAMUN, JANGANLAH POLITIKKAN ISLAM SAMA-SEKALI !!!

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!!!

 

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel