• Kolumnis AMANAH 1Kolumnis AMANAH 1

Rintihan Aleppo dan Dukanya Rohingnya

 Keadaan di Aleppo Syria kini sepenuhnya lumpuh dikerjakan oleh laknatullah Bashar al Assad dan tenteranya.Keadaan di Aleppo Syria kini sepenuhnya lumpuh dikerjakan oleh laknatullah Bashar al Assad dan tenteranya.

Dunia ketika ini sepi dan bisu tanpa rasa bersalah.Dunia ketika ini malap dan buta seperti tidak endah apa yang berlaku disana.Dunia ketika ini begitu menghairankan dan janggal Dunia ketika ini seperti duduk di sebuah rumah , paipnya bocor tetapi tiada langsung penghuninya mengambil tahu hatta jiran sekelilingnya.

Akhirnya air itu melimpah dan membasahi seluruh rumahnya.Aku juga keliru dan sangsi ! Semakin hari , semakin hilang nilai manusiawi .Nilai kemanusiaan itu seperti diperalatkan oleh pihak-pihak yang berkuasa dan berkepentingan.Nilai kasih dan sayang mereka luntur dimamah oleh sifat ketamakan yang menyelebungi diri mereka. Entah siapa yang mengajar mereka.

Buka Mata ! Buka Minda ! Lihatlah sekeliling kamu !

Aleppo sejak 2011

Muktahir ini , penulis pasti bahawa diantara kita sudah dikhabarkan akan keadaan di Aleppo. Video dan rakaman suara menjadi pengantara dan medium untuk mereka menghantar pesanan terakhir kepada dunia. Mereka menggambarkan keadaan di Aleppo kini sepenuhnya lumpuh dikerjakan oleh laknatullah Bashar al Assad dan tenteranya.

Mereka menyampaikan mesej kepada netizen di seluruh dunia untuk membuka mata masyarakat akan kekejaman di Syria. Sungguh menyakitkan
Tahukah anda ? 200 ribu umat Islam terkepung di sana serta tentera biadap Assad, sekutu Iran dan Hizbullat Lubnan menembak orang-orang awam yang cuba menyelamatkan diri.

Sementara mereka dibom dari udara oleh Rusia. Pelbagai spekulasi yang diberikan oleh media. Keseluruhan Kota Aleppo berada di bawah penguasaan tentera Kerajaan Syria dengan dokongan sepenuhnya dari kuasa militeri Rusia, kekhuatiran berlakunya pencabulan hak asasi kemanusiaan secara rambang tidak dapat dielakkan.

Ada juga dikalangan anak kecil yang tidak berdosa dan wanita dibunuh dan diperkosa sesuka hati oleh tentera rejim umpama boneka dijalanan. Sungguh mereka ini sikapnya seperti binatang! Mereka hari ini hidup sebagai pelarian

Di saat ini komuniti Rohingya menjadi lebih teruk hinggakan  muslim di sana disembelih dan dibunuh dengan kejam tanpa belas kasihan.Di saat ini komuniti Rohingya menjadi lebih teruk hinggakan muslim di sana disembelih dan dibunuh dengan kejam tanpa belas kasihan.

Rohingya  sejak 1962
Sejak pemerintahan militer berkuasa di Myanmar melalui kudeta Jendral Ne Win tahun 1962 M, umat Islam Arakan mengalami berbagai bentuk kezaliman. Dibunuh, diusir, diitekan hak-hak mereka, dan tidak diakui hak-hak kewarganegaraannya.

Mereka disamakan dengan orang-orang Bangladesh dalam hal agama, bahasa, dan fizikalnya. Menghapuskan identii Islam dan pengaruhnya: Hal ini dilakukan dengan cara menghancurkan peninggalan- peninggalan Islam. Yaitu menghancurkan masjid, madrasah, dan bangunan-bangunan bersejarah lainnya. Lalu kaum muslimin dilarang sama sekali untuk membangun suatu bangunan yang
berkaitan dengan Islam.

Dilarang membangun masjid, madrasah, pusat-pusat dan perpustakaan, tempat penampungan anak yatim, dan lain-lain lagi. sebagian sekolah-sekolah Islam yang tersisa tidak mendapatkan pengakuan dari pemerintah, dilarang untuk dikembangkan, dan tidak diakui lulusannya.

Usaha “Burmanisasi”, meleburkan ajaran Islam dan menghilangkan identitinya dalam masyarakat Budha:Umat Islam diusir dari kampung halaman mereka. Tanah-tanah dan kebun-kebun pertanian mereka dirampas. Kemudian orang- orang Budha menguasainya dan membangunnya dengan harta-harta yang berasal dari kaum muslimin. Bagi mereka yang menolak, maka tebusannya adalah nyawa.

Malah saat ini menjadi lebih teruk lagi hinggakan komuniti muslim disana disembelih dan dibunuh dengan kejam tanpa belas kasihan. Renungan buat kita,  Alhamdulillah di Malaysia hari ini  masih lagi tenang dan aman . Kita juga mudah untuk kesana dan kesini . Mundar mandir di ibukota untuk menyelesaikan urusan peribadi.

Tetapi kadang kadang kita juga lupa bahawa nikmat ketenangan ini juga Allah Taala. Adakah kita pernah memikirkannya ? Benar bukan ? kita sering lupa akan perkara itu. Bangkitlah wahai teman! Masih banyak lagi tanggungjawab yang perlu kita tunaikan demi masa hadapan agama . Bantulah sahabat sahabat kita yang berada dalam kesusahan itu :

1)Doa yang penuh kesungguhan dan keikhlasan terhadap sahabat sahabat kita Syria , Rohingnya , Yaman dan lain-lain.
2)Menghidupkan Qunut Nazilah di tempat masing-masing
3)Melatih diri untuk menyumbang wang kepada agensi agensi yang menyalurkan bantuan ke tempat tersebut contohnya MyCare , Syria Care dll
4)Memanfaatkan peluang jikalau diberi kesempatan untuk menjadi volunteer keamanan ke negara negara tersebut untuk bantuan makanan dan perubatan.
5)Ikuti kempen yang dianjurkan di Media Sosial menolak keganasan seperti ini. #IStandWithAleppo
6)Menghadiri Demonstrasi Awam menentang kezaliman hak asasi manusia yang dianjurkan oleh NGO-NGO di Malaysia

Sekurang kurangnya, panjangkanlah sedikit munajat dan doa buat mereka dengan sesungguh hati. Jangan asyik minta doa murah rezeki dan panjang umur kita saja. Apa makna kalau kita kaya dan panjang umur tapi tak buat apa apa. Sedangkan semua nikmat itu akan disoal. Tuntasnya , rasailah
kebersamaan kita ini atas paksi iman dan Islam.

Sahabat seaqidah dengan kita sesuka hati dicincangnya mayatnya , tetapi kita duduk disini berdiam dan membisu sahaja.Ayuh mulakan langkah ini ! Hasbunallaha Wani’mal Wakeel.

Syed Qutb pernah berkata:
“ Jika kita hidup untuk diri sendiri , maka hiudp kita akan menjadi sempit. Namun jika kita hidup untuk orang lain , maka hidpu kita akan menjadi luas seluasnya. “

 

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel

Artikel berkaitan: