• Kolumnis AMANAH 1Kolumnis AMANAH 1

Surat terbuka kepada Perdana Menteri Singapura

(kiri) Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan Perdana Menteri Israel Benjamin Nahtanyahu dalam jadual lawataannya ke Singapura baru-baru ini.(kiri) Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan Perdana Menteri Israel Benjamin Nahtanyahu dalam jadual lawataannya ke Singapura baru-baru ini.

Boycott Divesment Sanction (BDS) Malaysia amat kesal dan kecewa dengan tindakan Kerajaan Singapura yang menjemput lawatan balas untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu ke negara itu pada 20 dan 21 Februari lalu.

BDS Malaysia ingin membawa kepada perhatian Perdana Menteri Lee Hsien Loong bahawa terdapat 170 pertubuhan masyarakat sivil Palestin di Palestin bersejarah dan seluruh diaspora, telah menyeru masyarakat dunia untuk bersatu dan menyokong usaha memulau Israel. Usaha ini diterjemahkan melalui inisiatif boikot, pelupusan saham, embargo serta pelbagai sekatan sehinggalah negara itu memenuhi kewajipan untuk mengiktiraf hak-hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri dan mematuhi sepenuhnya undang-undang antarabangsa dengan:

1. Mengakhiri pendudukan dan penjajahan ke atas semua tanah Arab dan merombak Tembok Pemisah
2. Mengiktiraf hak asasi warga Arab-Palestin di Israel untuk kesaksamaan sepenuhnya; dan
3. Menghormati, melindungi dan mempromosi hak-hak pelarian Palestin untuk kembali ke rumah dan harta tanah mereka seperti ketetapan resolusi 194 PBB.

BDS Malaysia juga ingin memaklumkan kepada PM Lee bahawa perjuangan menentang kezaliman regim Zionis ini tidak semestinya atas dasar keagamaan atau atas dasar penentangan Islam terhadap Yahudi semata-mata. Sebenarnya ia adalah merupakan perjuangan sejagat demi hak asasi manusia, kebebasan, kemerdekaan, keadilan dan kesaksamaan, yang turut disokong di peringkat global oleh mereka yang memiliki kesedaran, tanpa mengira sempadan, bangsa atau agama.

Hakikatnya, matlamat dan wawasan BDS juga telah disokong oleh ramai ahli akademik Yahudi sendiri dan oleh aktivis di seluruh dunia termasuklah di Israel. Pada tahun 2014, lebih 200 ahli akademik dan aktivis Yahudi mengeluarkan kenyataan menggesa pelupusan rejim apartheid Israel di seluruh Palestin bersejarah sebagai menyahut seruan BDS untuk Palestin.

PM Lee Hsien Loong telah menyatakan bahawa Singapura menyokong penyelesaian dua negara, semasa lawatan Netanyahu ke Singapura. BDS Malaysia berharap PM Lee mengambil maklum akan kenyataan Menteri Kebudayaan dan Sukan Israel, Miri Regev yang mengatakan, "Era pembekuan [pembinaan penempatan haram] telah berakhir. Pembekuan di Yudea dan Samaria telah tamat” "(http://mondoweiss.net/2017/02/israeli-leaders-permission/). Pendirian Regev ini tiada bezanya dengan pendirian kebanyakan ahli Kabinet Israel. Pada sidang kumpulan media Zionis, B’Sheva baru-baru ini, Menteri Kewangan Moshe Kahlon telah menyatakan bahawa tiada Menteri Keselamatan dalam kabinet (Israel) yang menyokong penyelesaian dua negara. Pada sidang yang sama, Menteri Keadilan Ayelet Shaked menyatakan bahawa beliau dan Datuk Bandar Baitulmuqaddis telah menutup pusat kebudayaan Barbur kerana ia menjadi tuan rumah kepada tentera pemberi maklumat Israel.

Turut membimbangkan, Benjamin Netanyahu sendiri telah berkata, "baik, saya fikir kita telah melakukan apa yang kita mahu", mengenai pembinaan penempatan haram oleh Israel (http://www.timesofisrael.com/netanyahu-notwithstanding-obama-or-trump-israel-does-what-it-wants-on-settlements/), yang diarahkan pemberhentiannya oleh Majlis Keselamatan PBB.

Malah, baru-baru ini, parlimen Israel meluluskan rang undang-undang, yang dikatakan "(a) hari bersejarah untuk gerakan penempatan" yang membolehkan negara Israel mengisytiharkan tanah Palestin milik peribadi sebagai harta kerajaan (http://www.haaretz.com/israel-news/.premium-1.770099). Bagaimanakah penyelesaian dua negara yang ditaja dan disokong oleh PM Lee dan Singapura boleh dilaksanakan sedangkan kerajaan Israel yang diundang PM Lee ke Singapura, telah berkali-kali mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak pernah berniat untuk melihat wujudnya sebuah Negara Palestin yang bebas?

Oleh itu BDS Malaysia menyeru Kerajaan Singapura untuk saling berganding bahu bersama gerakan global BDS dengan memulau Israel selagi Negara itu terus melakukan pencabulan hak asasi manusia terhadap rakyat Palestin dan sehingga Israel menghormati hak kepada kebebasan, keadilan dan kesaksamaan rakyat Palestin.

* Penulis Prof Mohd Nazari Ismail adalah Pengerusi BDS Malaysia.
PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel

Artikel berkaitan: