Hukum adat, undang-undang Syariah akan terlucut jika satu sistem perundangan dilaksana

Undang-undang adat dan undang-undang syariah akan kehilangan kuasanya sekiranya dilaksanakan hanya satu sistem perundangan di negara ini.

Malaysia telah mengamalkan sistem undang-undang berdasarkan sistem perundangan common law, hasil langsung daripada penjajahan Tanah Melayu, Sarawak dan Borneo Utara oleh Britain sejak awal 1800-an sehingga 1960-an. Perlembagaan Malaysia adalah undang-undang tertinggi, yang menggariskan rangka kerja undang-undang dan hak warganegara.

Undang-undang persekutuan digubal oleh Parlimen Malaysia di seluruh negara. Terdapat juga undang-undang negeri yang digubal Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam keadaan tertentu. Perlembagaan Malaysia juga membolehkan pelbagai sistem kehakiman yang unik, iaitu undang-undang sekular (jenayah dan sivil) dan undang-undang syariah. Pelaksanaan dan hubungan antara kedua-dua sistem undang-undang yang agak rumit dan telah menyebabkan ketidakpastian.

Satu lagi adat kebiasaan adalah sumber undang-undang adat. Kebanyakan kumpulan etnik di Malaysia mempunyai undang-undang adat mereka sendiri untuk diikuti. Ada yang masih berkuatkuasa, manakala terdapat juga yang kehilangan kuasa selepas diatasi oleh perundangan parlimen.

Dalam rangkaian ini adalah wajar bahawa kebanyakan kes pribumi adat Iban kerana mereka adalah yang paling ramai sekali di negeri Sarawak. Sarawak bernasib baik dari Sabah kerana sebahagian besar kes-kes yang berkaitan dengan undang-undang adat ia dinyatakan dalam laporan, laporan Mahkamah Tinggi Sarawak, Borneo Utara dan Brunei dan adalah lebih kurang dipetik dalam Jurnal Undang-Undang Malaya (Malayan Law Journal) sejak pembentukan Malaysia.

Juga, di bawah undang-undang yang berkaitan dengan Undang-undang Adat Bumiputera, ia lebih lengkap, terutama undang-undang kecil, seperti Undang-undang Mahkamah Melayu Sarawak, Tusun Tunggu dan Kanun Denda Adat Orang Ulu. Undang-undang kecil yang dibuat di bawah Ordinan Adat Istiadat Bumiputera (Native Customary Laws Ordinance) (Bab. 51) yang terkandung dalam Undang-undang Sarawak pada tahun 1958, Jilid VII (Bab. 51).

Terdapat juga undang-undang adat Cina dan adat Hindu, terutamanya mengenai perkara undang-undang keluarga. Walau bagaimanapun, berikutan enakmen tunggal pada tahun 1976 undang-undang ini telah kehilangan kuasanya.

Dua sistem undang-undang di Malaysia telah lama diamalkan dan ditetapkan dalam Perkara 121 (1A) Perlembagaan Malaysia. Perkara 3 juga memperuntukkan bahawa undang-undang Islam adalah suatu perkara yang undang-undang negeri kecuali bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Malaysia. undang-undang Islam merujuk kepada undang-undang syariah.

Ada orang yang mengatakan sistem dua perundangan tidak adil dan tidak sesuai dilaksanakan di negara ini tanpa memikirkan yang Malaysia terdapat berbagai kaum, agama dan kepercayaan.

Mahkamah adat dan mahkamah syariah sudah lama diamalkan sebelum kedatangan penjajah dan tiada pula timbul masalah diantara kaum dan agama dalam negara ini. Ada pihak yang cuba nak jadi pahlawan memperjuangankan satu sistem perundangan sekular tanpa memikirkan perasaan kaum dan agama lain.

Di negara maju pun masih ada yang mengamal sistem dua perundangan seperti di Amerika Syarikat.
Amerika Syarikat mempunyai sistem dua mahkamah kerana ia mempunyai mahkamah negeri dan mahkamah persekutuan. Satu kes negeri tidak boleh didengar oleh mahkamah persekutuan kecuali isu undang-undang persekutuan juga terlibat dan mahkamah negeri tidak boleh mendengar isu mahkamah persekutuan. Adakah mereka juga tidak berlaku adil kerana melaksanakan dua sistem perundangan?

Terdapat pihak tertentu dalam negara ini mahu negara ini hanya melaksanakan satu sistem undang-undang sekular dan tidak menerima perundangan selain daripada undang-undang sekular. Kalau perkara ini menjadi kenyataan maka secara tidak langsung undang-undang lain seperti undang-undang adat dan undang-undang syariah akan terlucut dengan sendirinya.

Adakah pribumi dan umat Islam Sarawak bersedia menerima sistem undang-undang sekular yang tertinggi di negara ini dan melupuskan undang-undang adat dan undang-undang syariah yang sedia ada?

Undang-undang adat dan undang-undang syariah akan kehilangan kuasanya sekiranya dilaksanakan hanya satu sistem perundangan di negara ini. Adakah undang-undang negara sekarang ini sudah sempurna dan adil tanpa perlu dipinda lagi?

Kita mengesa agar semua pihak yang kurang faham dengan adat dan perundangan agama lain perlu pelajari secara mendalam isu-isu yang dibangkitkan sebelum memberi sebarang ulasan yang boleh menyinggung perasaan mana-mana bangsa dan agama.

Jangan bersikap perkauman melampau dan cuba memainkan sentimen agama untuk meraih sokongan kerana kalau silap langkah ianya boleh mencetuskan perbalahan antara kaum dan agama dalam negara ini. Hormati pandangan orang lain dan sekiranya tidak setuju boleh bincang secara baik tidak perlu menghina dan memperlekeh usaha orang lain.

Adalah disarankan semua pihak yang bertelingkah dapat berjumpa dan berbincang secara baik tanpa mencetuskan perasaan tidak puas hati antara kaum dan agama. Harap masalah ini dapat diselesaikan secara baik dan harmoni demi kesejahteraan rakyat dalam negara ini.

*Penulis Jofri Jaraiee adalah Pesuruhjaya Pas Sarawak.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel

Artikel berkaitan: