AWAN peduli sindrom down

Hari ini 21 haribulan Mac adalah Hari Sindrom Down Sedunia. Pada hari ini, keluarga dan komuniti yang berkaitan dengan Orang Kelainan Upaya (OKU) Sindrom Down di seluruh dunia menganjurkan kegiatan untuk meningkatkan kesedaran mengenai Sindrom Down dan bagaimana mereka dapat memainkan peranan dalam kehidupan dan masyarakat.

Sindrom Down adalah keadaan di mana seseorang mempunyai kelainan genetik, majoritinya Trisomi-21. Sindrom ini mempengaruhi sekitar 1 dari 800 kelahiran hidup dan bervariasi di seluruh dunia. Ia biasanya menyebabkan kelainan karekter fizikal dan kesihatan (berbagai darjah kecacatan/disabiliti intelektual).

Wanita Amanah Negeri Selangor (AWAN Selangor) PEDULI dengan kebajikan OKU Sindrom Down dan menegaskan bahawa;

1. OKU Sindrom Down mempunyai hak untuk menikmati semua hak asasi manusia.
2. OKU Sindrom Down perlu diberikan pilihan yang mencukupi dari segi pendidikan, parameter kesihatan dan program kemahiran diri agar mereka boleh berdikari dan menjaga diri sendiri.
3. OKU Sindrom Down adalah sebahagian dari masyarakat. Mereka memerlukan kasih sayang dan perhatian dari keluarga terdekat, juga masyarakat umum. Oleh itu, kita jangan memandang remeh kepada kebajikan mereka.
4. Kerajaan perlu menubuhkan lebih banyak pusat komuniti OKU yang dapat memberikan pendidikan awal dan latihan yang efektif agar mereka juga dapat menyumbang kepada kemajuan diri dan masyarakat.

Untuk semua OKU khasnya OKU Sindrom Down, AWAN Selangor PEDULI dan anda semua di hati kami.

Rawiyiah Zakaria ialah Ketua Angkatan Wanita Amanah Selangor

 

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel

Artikel berkaitan: