Nasi dagang Kak Jah paling sedap...

Nasi dagang Kak Jah antara yang paling sedap.

Anda ke Kuala Terengganu dan ingin mencari nasi dagang yang sedap? Anda boleh pergi ke Bukit Besar, Kuala Terengganu dan cari Nasi Dagang Kak Jah. Kedai makan yang asalnya hanya sebuah gerai nasi dagang ini sangat popular kini kerana keenakan nasi dagangnya.

Makan Nasi Dagang Kak Jah sehingga tidak kenal siapa di kiri dan kanan.Tetapi awas, jika anda lewat, bahagian anda sudah tidak ada lagi.

Ketika penulis sekeluarga berkunjung ke sini Sabtu lepas (ketika cuti Tahun Baru Cina), kami pulang dengan air lior meleleh sahaja kerana nasi sudah habis. Padahal ketika itu baru jam 9.30 pagi.

Orang ramai yang masih beratur kelihatan marah-marah kerana setelah sekian lama beratur, mereka terpaksa pulang begitu sahaja kerana nasi dagang sudah habis.

Keesokan harinya (Ahad), kami pergi lagi jam 7.30 pagi, orang ramai sudah beratur di situ walaupun kedai ini belum buka lagi. Jam 8.10 pagi, barulah nasi dagang mula dijual dan dapatlan kami merasainya.

Memang enak. Sebagai anak Terengganu, kami sudah makan nasi dagang di mana-mana, namun terbukti di sini adalah yang terbaik...seeeedappp sangat.Papan tanda Nasi Dagang Kak Jah di Bukit Besar.

Nasinya yang lembut dan berasnya yang panjang, ikan tongkolnya yang segar dan yang istimewanya cili apinya bukan di campur sekali dalam kuah gulai nasi dagang ini. Cilinya adalah yang dijeruk dan dihidangkan sekali di atas meja makannya.

Namun untuk yang membawa pulang nasi dagang ini, cilinya yang telah dicampur dalam kuah gulainya.

Selain nasi dagang, Kak Jah juga menjual nasi kunyit (pulut kuning) yang tidak kurang juga enaknya.

Harganya agak berpatutan iaitu RM3.00 satu hidangan nasi dagang atau nasi kunyit.

Untuk ke sini senang sahaja. Ambil jalan depan Maidin Mall, Kuala Terengganu tu terus ke jalan menuju Kuantan. Bila jumpa simpang lampu isyarat ketiga selepas Maidin Mall, belok ke kanan ke Bukit Besar di sebelah kanan anda. Masuk kira-kira setengah kilometer jumpalah kedai Nasi Dagang Kak Jah.

Selamat menjamu selera.

Kak Jah sibuk melayan tetamu yang beratur sebelum jualan bermula.

Anda perlu beratur di Kedai Nasi Dagang Kak Jah seawal 7.30 pagi sebelum kedai mula dibuka lagi.

  



PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel