Rasa daging rusa, landak di Restoran Lembah Bernam

 Kari daging rusa di Restoran Lembah Bernam sangat menyelerakan.Kari daging rusa di Restoran Lembah Bernam sangat menyelerakan.

Meskipun hajat untuk menikmati daging landak tidak kesampaian namun perjalanan dua jam dari Kuala Lumpur ke Sekinchan tetap berbaloi apabila kami dapat menikmati daging rusa masak kari.

Pelbagai menu makanan eksotik boleh diperolehi di sini.Pelbagai menu makanan eksotik boleh diperolehi di sini.Restoran Lembah Bernam di Kampung Pasir Panjang, Sekinchan menyajikan masakan eksotik dan masakan kampung untuk hidangan tengah hari.

Terletak di kawasan sawah padi, restoran ini dibuka bermula jam sebelas pagi hingga lima petang setiap hari kecuali hari Jumaat.

Dua ratus gram daging rusa hanya berharga RM16 dan ia daging segar, bukan daging sejuk beku.

Selain dimasak kari, pelanggan juga menggemari daging rusa masak lada hitam. Rasanya manis dan sangat sedap.

Jika ingin mencuba daging landak, seeloknya anda membuat tempahan terlebih dahulu sebelum ke restoran ini kerana stok daging landak adalah terhad.

Seratus gram daging landak berharga RM12.

Selain daging rusa dan landak yang menjadi tarikan pengunjung, restoran ini juga menyediakan masakan kampung yang sangat membuka selera seperti ikan baung goreng, ikan baung masak lemak cili api, rendang ayam kampung, sup belut dan ikan pekasam serta ulam-ulaman. Tidak ketinggalan juga daging arnab dan udang galah.

Selepas makan, anda boleh mencuba tapai sebagai pencuci mulut.

Masakan yang sedap dengan harga yang berpatutan menjadikan restoran ini sentiasa dipenuhi pelanggan.

Menurut pemilik restoran, Mohd Ahid Jaafar, restoran ini Lembah Bernam sudah beroperasi selama lapan tahun.

Idea mewujudkan restoran dengan masakan eksotik ini datang daripada arwah ayah beliau.

Walaupun terletak agak jauh ke dalam kampung, restoran ini dikenali ramai dan sentiasa ada pelanggan baharu yang datang dari luar Selangor.

“Pelanggan kami bukan orang tempatan sahaja malah ada yang datang dari Kuala Lumpur, Shah Alam, Negeri Sembilan dan kebanyakannya tahu dari mulut ke mulut,” katanya.

Pemandangan sawah padi dengan angin sepoi-speoi bahasa memang membuka selera dan sepinggan nasi memang tidak cukup!

Restoran Lembah Bernam yang menyajikan makanan eksotik.Restoran Lembah Bernam yang menyajikan makanan eksotik.

Ikan baung goreng sangat menyelerakan.Ikan baung goreng sangat menyelerakan.

 

Udang galah segar amat disukai pelanggan.Udang galah segar amat disukai pelanggan.

Sup belut juga menjadi tarikan tersendiri.Sup belut juga menjadi tarikan tersendiri.

Ulam-ulaman juga disukai ramai di sini.Ulam-ulaman juga disukai ramai di sini.

RESTORAN LEMBAH BERNAM

Jalan Main Canal, Tali Air 9, Pasir Panjang, 45400 Sekinchan, Selangor Darul Ehsan

Waktu Operasi : 11am - 5pm (Jumaat tutup)

Untuk tempahan, boleh hubungi : 019-2133665 / 017-2858603

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel