• Kolumnis AMANAH 1Kolumnis AMANAH 1

Kalau ke Kuala Terengganu, jangan lupa Nasi Dagang Atas Tol

Kuah Nasi Dagang Atas Tol

Kedainya bukan kedai tetap. Hanya sambungan kepada sebuah 'wakaf' yang terletak di tepi kubur di kampung Atas Tol. Namun, sesiapa yang ke Kuala Terengganu kalau tidak ke warong ini untuk makan Nasi Dagang umpama tidak sah.

Itulah kedai atau warong Nasi Dagang Atas Tol atau lebih dikenali penduduk tempatan dengan nama gerai tepi kubur kerana kedudukannya yang bersebelahan dengan tanah perkuburan itu.

Ayam Kampung gulaiNasi Dagang, Nasi Kapit, Nasi Minyak Ayam Kampung, Laksam serta beraneka jenis kueh muih tempatan menjadi Nasi Dagang Atas Tol antara yang terkenal di Kuala Terengganu.

Yang terbaru Teh Peng Tarik Gelas Besar menjadikan gerai ini menarik perhatian ramai.

Walaupun agak jauh dari pusat bandar Kuala Terengganu iaitu kira-kira 20 KM, namun ramai yang berkunjung sekitar ini akan ke gerai menarik ini.

Yang lebih menarik lagi promosi yang dibuat melalui facebook menjadi Nasi Dagang Atas Tol menarik perhatian orang luar untuk makan pagi di gerai ini.

Jom kita makan nasi Dagang di kampoung Atas Tol, Kuala Terengganu.

 

 

 

 

Pelanggan sedang makan Nasi Dagang

Pulut kuning

Nasi minyak

 Nasi Dagang siap untuk dimakan

 

 

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel

Artikel berkaitan: