Jom makan Char Kuey Tiaw Ketam di Selayang

Char Kuey Tiew Ketam... sesuatu yang perlu dicuba.

Sudah biasa dengan Char Kuey Teow Udang atau Char Kuey Teow Kerang? Apa kata anda mencuba pula Char Kuey Tiow Ketam.

Sepinggan Char Kuey Teow dengan seekor ketam di tengah-tengah mampu membuka selera anda untuk menikmati makan malam.

Kedai ini yang menjual Char Kuey Tiew KetamDengan harga RM12 sepinggan, memang berbaloi untuk mencuba char kuew teow di Restoran Nur Al-Pakwa Tomyam, Medan Selera Taman Bidara, Selayang.

Nur Al-Pakwa dibuka bermula jam enam petang hingga lewat malam pada setiap hari.

Selain char kuew tiow yang menjadi tarikan utama, dan masakan thai yang lain, restoran ini juga menyediakan masakan thai ala barat.

Sambil menikmati hidangan utama, anda juga boleh menikmati kerang bakar, rojak buah, som tam dan keropok sebagai hidangan sampingan.

Char Kuey Tiew Udang yang dijual di Restoran Nur Al-Pakwa

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel