• Kolumnis AMANAH 1Kolumnis AMANAH 1

Mee udang Kuala Selangor berbaloi untuk dikunjungi

Mee udang Kuala Selangor menjadi tarikan penggemar makanan yang popular di Kuala Sepetang ini.Mee udang Kuala Selangor menjadi tarikan penggemar makanan yang popular di Kuala Sepetang ini.

Jika anda tinggal di sekitar Kuala Lumpur atau Selangor, tidak perlu ke Taiping Perak atau Sungai Dua Pulau Pinang untuk menikmati kesedapan mee udang.

Anda hanya perlu ke Kuala Selangor dan cari sahaja Restoran Mee Udang Banjir untuk menjamu selera.

Restoran Mee Udang Banjir yang terletak di Kuala Selangor.Restoran Mee Udang Banjir yang terletak di Kuala Selangor.Tidak sukar untuk mencari restoran ini kerana ia terletak betul-betul di tepi jalan utama berdekatan Masjid Daerah Kuala Selangor.

Dibuka bermula jam 11 pagi hingga 12 tengah malam, menu utamanya ialah mee udang banjir dengan pilihan udang galah atau udang harimau.

Semangkuk mee dengan lima ekor udang galah berharga RM13 manakala semangkuk mee udang harimau hanya berharga RM8. Rasanya pula, memang sedap.

Selain mee udang, restoran ini turut menyajikan menu lain seperti mee goreng udang, nasi goreng udang, char kuey tiaw, sup ekor, sup ayam kampung dan lain-lain lagi. Semuanya dengan harga yang berpatutan.

Anda juga tidak akan menghadapi masalah untuk meletakkan kenderaan kerana restoran ini mempunyai tempat meletakkan kenderaan yang luas dan percuma.

Restoran ini juga pernah dikunjungi krew Jalan-jalan Cari Makan TV3.

Jadi, restoran ini merupakan restoran terbaik untuk penggemar mee udang.

Char kuew tiaw juga menjadi tumpuan pengunjung restoran ini. Char kuew tiaw juga menjadi tumpuan pengunjung restoran ini.

Menu di kedai makan style kampung juga menarik program makanan TV3.Menu di kedai makan style kampung juga menarik program makanan TV3.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel