Indonesia teruja Anwar-Mahathir berdamai, kata Kit Siang

Indonesia teruja Anwar-Mahathir berdamai, kata Kit Siang

Pertemuan semula dua tokoh – Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang saling bermusuhan sejak Reformasi 1998 ternyata mengundang minat rakan-rakan dari seberang, kata Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Pertemuan semula dua tokoh – Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang saling bermusuhan sejak Reformasi 1998 ternyata mengundang minat rakan-rakan dari seberang, kata Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

“Perdamaian Mahathir-Anwar sedang mencipta gelombang di Indonesia,” kenyataan Ahli Parlimen Gelang Patah itu dipetik Roketkini.com hari ini.

Menurut beliau, ia menjadi tajuk perbincangan pemimpin dan intelektual awam Indonesia yang menemui delegasi DAP pimpinan Lim Kit Siang sepanjang lawatan empat hari mereka ke negara republik itu.

Delegasi tersebut dalam rangka jelajah bagi mendalami perkembangan politik Islam dan demokrasi di negara majoriti Muslim.

“Pemimpin DAP telah melawat Parlimen Indonesia dan mengadakan perbincangan dengan pemimpin politik, Islamis dan intelektual Indonesia mengenai trend perkembangan rantau Asia Tenggara, terutamanya dalam soal Islam dan politik, serta keperluan memerangi ancaman ekstremisme dan IS,” jelas Ahli Parlimen Gelang Patah itu.

Menurut beliau lagi, hasil siri perbincangan tersebut, wujud konsensus bahawa Islam yang inklusif, sederhana dan bertoleransi adalah diperlukan untuk masa depan dunia yang aman, harmoni dan adil.

Delegasi DAP bertemu Setiausaha Agung Nahdhatul Ulama (NU) yang juga bekas jurucakap mantan presiden Abdurrahman Wahid (Gus Dur) Haji Yahya Cholil Staquf serta bekas Ketua Umum Muhammadiyah, Ahmad Syafi’i Maarif, yang pernah menerima Anugerah Ramon Magsaysay bagi tahun 2008.

Rombongan yang disertai Naib Pengerusi DAP Teresa Kok, Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim itu turut bertemu tokoh penulis Indonesia, Goenawan Mohamad; reformis Islam Ulil Abshar-Abdalla, wakil DPR parti PDI-P Jalaluddin Rahmat; Pengarah Center for the Study of Religion and Culture Irfan Abu Bakar, dan Setiausaha Agung Partai Solidaritas Indonesia Raja Juli Antoni.

Mereka juga mengadakan perbincangan bersama intelektual awam termasuk Prof Dr Purwo Santoso dari Universiti Gadjah Mada, selain Novriantoni Kahar dan Lufti Assyaukanie.

Siri jelajah Kit Siang kali ini adalah lanjutan kepada lawatan ke Jordan dan Mesir April tahun lalu, diikuti lawatan ke Tunisia dan Turki pada bulan Oktober.

TAGS