Ingin nikmati kopi tulen 100% hanya ‘Kopi Badang’

Ingin nikmati kopi tulen 100% hanya ‘Kopi Badang’

Adakah anda pengemar kopi? Jika “ya” pastinya anda tidak akan melepaskan peluang untuk cuba menikmati kopi tulen tanpa sebarang bahan campuran seperti perasa tiruan, pengawet dan pewarna makanan.

Ia kini boleh dinikmati dengan kopi tulen 100% dengn jenama ‘Kopi Badang’ yang dikilang dan dikeluarkan oleh Al Mubarak Health Sdn. Bhd.

Kopi Badang yang diperkenalkan sebagai kopi pra campuran 3 dalam 1 itu telah memasuki pasaran sejak setahun lalu dan kini dalam usaha menambah pengeluarannya dan mencari stokis aktif seluruh negara.

Ketua Eksekutif Mubarak Health Raja Fouzeel Akmal Raja Zainal berkata, syarikat yang ditubuhkan sejak 2015 mahu memperkenalkan minuman kopi segera dengan citarasa asli (tulen) dan mementingkan kehalalan dalam proses penyediaannya di kilang pemerosesan kopi milik syarikat itu di Johor Bharu.

Mengambil nama “Badang” katanya merujuk kepada hikayat cerita rakyat dahulukala kerana kejujuran, keikhlasan dan seluruh watak Badang itu adalah mengambarkan sifat dan ragam masyarakat tempatan.

“Kopi Badang ini selari dengan impian dan niat untuk menghasilkan dan membekalkan kopi 100 peratus tulen dan bermutu untuk kepuasan pengguna dan pada masa sama menitik beratkan penjagaan kesihatan,” ujarnya dalam sidang media pelancaran Kopi Badang yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut Hisham Nordin Pengarah Urusan Premier Victory Enterprise sebuah syarikat yang dipertanggungjawabkan menjalankan promosi dan pemasaran berkata, produk Kopi Badang mengunjurkan pengeluaran kopi dengan menyasarkan 30 stokis seluruh negara sehingga Disember 2017 ini.

Selain syarikat turut menawarkan intensif menarik dikalangan stokis dan agen seluruh negara yang mencapai sasaran penjualan mereka.

Stokis yang mencapai sasaran jualan yang ditetapkan dalam masa tujuh (7) bulan layak mendapat sebuah kereta Toyota Velfire atau Mercedez Benz, Toyota Vios atau Honda City dan Perodua Axia atau Proton Saga.

Untuk pengguna sekurang-kurangnya membeli 12 kotak Kopi Badang melayakkan mereka menyertai cabutan bertuah dengan memenangi sebuah Perodua Axia , motorsikal, Iphone 7, Ipad dan televisyen LED.

“Sasaran jualan kita sekitar RM3.5juta bermula Mei-Disember tahun ini.

“Kita akan adakan jelajah seluruh negara dan mengadakan program televisyen untuk memperkenalkan produk Kopi Badang dan sasaran kita kepada 30 stokis dan ratusan agen seluruh negara bagi tahun 2017 ini.

“Selain mengembangkan pemasaran Kopi Badang di seluruh negara, syarikat juga menyasarkan pemasaran di luar negara seperti di Indonesia dan Filipina.

“Kita juga menyasarkan penjualan antara 50 stokis di Indonesia dan 30 stokis di Filipina pada 2018 nanti. Pulangan tahunan disasarkan bagi Indonesia RM8juta dan Filipina RM5juta,” ujarnya.

Buat masa ini syarikat mahu membuka peluang perniagaan kepada usahawan kecil dan sederhana di negara ini yang berminat untuk menceburi perniagaan produk makanan dan minum di negara ini.

Manakala Pengarah Urusan Al Mubarak Health Dr Balan Paraman menerangkan kebaikan kopi yang diperbuat 100 peratus daripada bijirin kopi Robastus yang diimport dari Colombia ini akan memberikan rangsangan kepada penguna setiap kali pengambilannya.

“Kopi  3 dalam 1 sangat popular di pasaran hari ini.Kebanyakan pengusaha kopi tidak memberikan perhatian terhadap aspek kesihatan pengguna tanpa mahu menghasilkan kopi tulen 100% kerana mengejar keuntungan semata-mata.

“Kami mengunakan 100% kopi tulen jenis Robastus yang sesuai dengan citarasa rakyat negara ini.

“Kualiti produk kami juga adalah buatan Malaysia seratus peratus. Hanya ada kopi tulen, krimer, gula yang sesuai diminum pelbagai peringkat usia,” ujarnya.

Apakah kelebihan minum kopi tulen? Beliau menerangkan kelebihan kopi tulen akan dapat menstimulasikan perjalanan darah.

“Perkara utama untuk mendapat kesihatan yang baik ialah adanya pengaliran darah yang baik untuk membawa oksigen.

“Selepas minum Kopi Badang ini kita akan dapati badan akan berada panas dan bertenaga itu menandakan berlaku stimulasi yang akan memberi kesan positif kepada badan seseorang,” ujarnya.

Dengan kandungan kopi tulen yang boleh menstimulasikan oksigen dalam darah ini, menurut Pengasas Kopi Badang Azaha Beram pula menerangkan, ia sesuai diminum kepada mereka yang memberi tumpuan minda seperti dikalangan pelajar dan ilmuan.

“Dengan secawan Kopi Badang dapat menghilangkan rasa letih, mengantuk, lesu dan lapar,” ujarnya yang juga seorang usahawan yang pernah berkecimpung dalam produk kesihatan dan jamu tradisional sebelum berkecimpung dalam perniagaan kopi bersama rakan kongsi lain di Al Mubarak Health Sdn Bhd.

Dengan tagline Kopi Badang:”Minum Secawan..nak bercawan-cawan” juga telah mengubah cara pemakanan bagi pelakon Zamarul Hisham Mohamed yang dilantik sebagai Duta Kopi Badang.

Menurut Zamarul Hisham beliau adalah peminat kopi tetapi kebanyakan kopi yang beliau minum sebelum ini mengakibatkan beliau sering kali sakit kepala selepas minum.

“Pada mula diperkenalkan Kopi Badang saya menolaknya kerana atas nasihat doktor tidak benarkan saya minum kopi kerana saya kerap pening hingga boleh pengsan.

“Ketika saya diperkenalkan dengan Kopi Badang saya dapat rasakan perbezaan kerana tidak lagi menghadapi masalah pening kepala.

“Setelah saya mencuba  masalah pening beransur okey. Oleh itu saya teruskan minum sehingga habis satu kotak dengan 4-5 cawan sehari.

“Memang terbukti saya tak pening lagi,” ujarnya yang terus bersetuju untuk menjadi duta Kopi Badang dengan menandatangani kontrak selama setahun.

Selain Zamarul Hisham, syarikat juga menjadikan beberapa artis baru dan lama tanahair untuk bersama dalam siri jelajah Kopi Badang di seluruh negara.

Kopi Badang yang mengandungi 24 paket dijual dengan harga RM22.00 sekotak boleh didapati dari  stokis dan ibu pejabat Al Mubarak Health Sdn Bhd.

Bagi yang berminat untuk menjadi stokis atau agen boleh menghubungi Premier Victory Enterprise 07-2326124 atau melayari facebook ‘Kopi Badang Official’ untuk sebarang pertanyaan.

Barisan artis popular tanahair yang akan mengadakan siri jelajah Kopi Badang untuk mencari stokis dan mengetengahkan kebaikan minuman kopi 100 % tulen jenama Kopi Badang di seluruh negara.

CATEGORIES
TAGS